8 Jenis Makanan Yang Dapat Mencantikkan Kulit
Ramai diantara kita yang sering beranggapan bahawa kecantikkan kulit datangnya dari pemakaian produk yang mahal. Ehh siapa kata produk mahal boleh menjanjikan result yang superb?
Untuk mendapat kulit yang cantik, apa yang paling penting adalah menjaga pemakanan yang sihat. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa sesetengah dari makanan yang anda tidak sangka itulah yang mampu mencantikkan kulit anda.
Jom kita tengok antara jenis makanan yang patut anda amalkan jika mahukan kulit yang cantik, bersih dan halus.
- Kulit Sihat Berseri
Koko dapat menghidratkan kulit anda, menjadikan ia lebih tegang dan lembut. Untuk kandungan flavonol maksimum, makan chocolate yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% bahan koko. Beberapa patah chocolate sehari pun sudah cukup memadai untuk meningkatkan cahaya pada kulit.
- Mencegah Kedutan Pada Kulit Dan Menjadi Lebih Tegang
Protein yang anda dapat daripada tenusu dapat membantu kulit menjadi lebih tegang dan mengelakkan dari terjadinya kedutan. Kandungan proteinnya 2x ganda daripada yogurt biasa. Makan satu hidangan setiap hari untuk membuat kulit anda licin, dan gunakan yogurt untuk menenangkan kulit gatal, kering, atau sensitif.
- Melindungi Kulit dengan Buah Delima
Sebiji buah delima atau beberapa gelas jus setiap hari dapat mengawal aliran darah kulit dan memberikan kesan kemerah-merahan pada kulit anda. Apabila disapu pada kulit, buah-buahan antioksidan ini dapat membantu menghilangkan garisan halus dan melembapkan kulit.
- Meningkatkan Keanjalan, Kelembutan Kulit dan Membunuh Jerawat
Kacang mempunyai bahan yang tersirat seperti tembaga dan mineral yang boleh meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit wajah anda. Jika anda mengambilnya sebagai snek setiap hari, percayalah ia dapat membantu untuk memperbaiki tekstur kulit anda.
- Menentang Crow’s-Feet dan Laugh Lines
Individu yang makan sayur-sayuran hijau dan kuning bercenderung untuk mendapat kulit yang kurang berkedut, terutamanya di sekeliling mata.
- Mencerahkan dengan Biji Bunga Matahari
Bunga matahari sanagt kaya dengan vitamin E dan ia dapat menjadikan kulit anda lembut dengan melindunginya dari sinaran matahari. Ia juga dapat merawat bahagian badan yang kering, seperti bibir dan tumit, apabila digunakan secara luaran.
- Tona Kulit Sekata dengan Soya
Kandungan dalam Soya dapat membuatkan kulit anda menjadi cerah dengan tona sekata. Kandung mineral dan protein yang telah terbukti dapat mengurangkan hyperpigmentation.
- Mengurangkan Keradangan dengan Teh Hijau
Kajian telah menunjukkan bahawa teh hijau dapat membantu melawan keradangan, pada kulit wajah dengan mengamalkan sekurang-kurangnya satu cawan teh hijau sehari.
Sumber : momsavenues

