8 Perkara Yang Diamalkan Oleh Seseorang Yang Ingin Berjaya
Setiap orang mesti menginginkan sesuatu kejayaan dalam hidup kita tanpa mengira usia. Takkan lag bila dah menjangkau umur 30-an atau 40-an baru terfikir nak buat itu ini kan?
Tetapi sebelum itu apa kata kita selongkar cara dan ciri-ciri untuk orang yang inginkan kejayaan yang telah Abang Brian kongsikan untuk anda.
Petua #1 : Bangun Dari Tidur Yang Lena
Tidur yang cukup adalah kunci kepada kejayaan yang sebenar. Jangan terus tidur, sebaiknya ambil masa untuk relaks dulu. dahulu. Yang paling penting, jangan lupa untuk matikan telefon bimbit anda untuk mengelak dari gangguan yang akan membuatkan anda terasa ingin melihat handphone anda.
Petua #2 : Gunakan Kalender Sebagai Buku Nota
‘To do list’ memang berguna tetapi kadang-kala ia akan membuatkan anda menjadi serabut dan suka menangguh-nangguh bila tengok banyak benda yang perlu diselesaikan. Don’t stress yourself okay?
Kajian menunjukkan seramai 41% individu mampu menyiapkan tugasan jika ia sudah tertulis di dalam ‘to do list’. Jadi apa kata anda menyiapkan kerja berpandukan kalender. Tulis nota-nota kecil di kalender kerana itu membuatkan anda lebih alert!
Petua #3 : Luangkan Masa Untuk Meditasi
Sebaik sahaja bangun dari tidur, apa kata anda luangkan sedikit masa untuk tenangkan diri sebelum memulakan hari baru. Mungkin anda juga boleh memulakan dengan senaman yang ringkas hanya 5-10 minit bagi menegangkan otot badan. Percayalah, anda akan menjadi lebih tenang jika pernafasan akan berjalan dengan lancar.
Petua #4 : Berani Katakan Tidak
Menurut Jutawan Warren Buffet, “Perkara yang membezakan orang berjaya dan orang yang sangat berjaya adalah orang yang sangat berjaya katakan TIDAK pada kebanyakkan perkara”.
Ingat, jangan membazir waktu kerana anda hanya ada 1,440 minit setiap hari untuk menyelesaikan segala tanggungjawab dan amanah harian anda daripada anda membuat sesuatu yang entah apa-apa.
Petua #5 : Makan Sarapan Sihat
Pengambilan sarapan juga mempunyai fungsi yang sama seperti waktu tidur yang cukup. Tetapi, ramai yang tidak peka tentang pengambilan sarapan yang sihat,
Petua #6 : Cipta Rutin Kerja Tersendiri
Lain orang, lain gayanya. Cuba buat experiment pada diri anda sendiri. Mulakan kerja-kerja yang rumit dulu barulah pergi kepada perkara yang lebih mudah. Tetapi ikutlah pada diri anda sendiri. Jika anda fikir kerja yang lebih mudah akan memberikan anda mood yang baik sebelum memulakan kerja yang susah, teruskan.
Petua #7 : Spent Time Bersama Keluarga
Sebagai individu yang sudah berumah tangga, janganlah sampai mengabaikan keluarga demi kerja. Jagalah hati keluarga and kerana masa bersama keluarga itu sangat berharga. Tunjukkan kasih sayang sebenar anda kerana sebagai individu yang berjaya, anda harus tahu membahagi masa.
Petua #8 : Sambil Menyelam Minum Air
Belajar untuk lakukan 2 – 3 perkara dalam satu masa. Ada kajian mengatakan bahawa multitasking akan menjadikan anda kurang efisyen tetapi tidak salah untuk mendengar wawancara berita terkini di radio sambil memandu atau menonton DVD sambil melakukan larian di atas treadmill? Bill Gates sendiri pun melakukannya. Asah ketajaman IQ melalui cara ini.
SELAMAT BERAMAL!
Sumber : entrepreneur.com

