Setiap kali anda membuang air kecil, pernah tak anda lihat warna air kecil ketika itu? Janganlah fikir ia sesuatu yang kotor kerana sebenarnya ia merupakan satu langkah ke hadapan untuk anda mengenal pasti tentang kesihatan anda sama ada sihat atau pun tidak.

Untuk pengetahuan anda, buah pinggang merupakan organ yang bertanggungjawab untuk menghasilkan air kencing. Jom kita tengok antara maksud disebalik warna air kencing anda.

iii

  • Jernih

Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup dan ia sangat baik. Walaubagaimanapun air kencing warna jernih juga boleh disebabkan oleh penyakit Hepatitis dan Diabetes.

  • Kuning Terang

Disebabkan oleh pengambilan supplement vitamin tambahan seperti Vitamin B2 dan Riboflavin. Jangan risau, warna air kencing seperti ini baik dan menunjukkan tubuh anda menggunakan vitamin dengan betul.

  • Oren

Boleh disebabkan oleh dehidrasi atau tubuh tidak cukup air. Kurangnya air dalam tubuh menyebabkan konsentrasi urochrome menjadi pekat.

  • Kuning Gelap

Bermakna tubuh anda mengalami dehidrasi (kekurangan air) yang teruk. Sila minum air masak dengan banyak ye.

  • Hijau

Mungkin terdapat jangkitan pada pundi kencing. Jika berwarna hijau terang, ia disebabkan oleh Vitamin B berlebihan. Pewarna makanan juga boleh menukar warna air kencing kepada hijau. Bahkan makanan semula jadi seperti asparagus juga boleh menyebabkan kencing berwarna hijau.

  • Biru

Kemungkinan ada jangkitan pada pundi kencing atau kerana Vitamin B dan Calcium berlebihan. Ubat-ubatan tertentu juga menjadi punca warna kencing biru.

  • Coklat

Menunjukkan keadaan kesihatannya teruk kerana inin merupakan tanda-tanda penyakit Hepatitis, penyakit buah pinggang, Hemolytic anemia dan lain-lain.

  • Merah Pucat

Jika kencing berwarna kemerahan, kemungkinan ada darah dalam urin itu. Kehadiran darah itu mungkin disebabkan oleh jangkitan saluran kencing, batu karang, penyakit buah pinggang atau ketumbuhan pada pundi kencing.

Sumber : lelakisihat