Petua Hilangkan Parut Dari Kesan Kemalangan/Jerawat/Demam Campak
Baru-baru ini Abang Brian ada menerima permintaan dari seorang pembaca abangbrian.com yang mahukan petua untuk menghilangkan parut daripada kesan kemalangan.
Jadi, kali ini Abang Brian akan tunaikan permintaan dia. Petua yang Abang Brian nak kongsikan ini sebenarnya boleh juga diguna pakai untuk parut jerawat dan demam campak.
Antara petuanya adalah :
- Campurkan serbuk kayu manis bersama bedak sejuk dan sedikit air [jangan terlalu cair ye]. Sapukan pada muka dan biarkan ia sehingga menjadi kering. Sila amalkan dengan kerap.
- Potong lidah buaya kepada 2 bahagian dan sapukan lendir itu pada kawasan yang berparut. Amalkan 3 kali seminggu sahaja.
- Campurkan asam jawa dengan sedikit air dan sapu pada keseluruhan muka [lebihkan sedikit pada kawasan bermasalah]. Biarkan sehingga kering sebelum mencucinya.
- Campurkan madu lebah bersama kulit kayu manis atau bedak sejuk dan sapu pada muka anda Boleh amalkan 3 kali seminggu.
- Ambil 10 helai daun sireh dan tumbuk sehingga lumat. Selepas itu sapu pada kulit wajah ataupun badan.
- Sapukan kulit pisang [bahagian dalam] di muka anda dan biarkan sehingga kering.
SELAMAT MENCUBA!

