Busuknya Peti Ais Ni!
Ramai yang menyimpan makanan ke dalam peti ais tanpa dimasukkan dalam bekas yang bertutup apabila terlalu sibuk. Selang beberapa hari, tentunya ada bau kurang enak hasil dari campuran bau makanan yang ada di dalam peti ais. Malah ada antara makanan itu yang dah rosak dan tidak boleh dimakan lagi.
Jika anda mempunyai peti ais yang mempunyai teknologi penghilang bau, tiada masalah bagi membuang bau yang tidak menyenangkan ini. Tetapi, bagaimana pula kepada mereka yang tidak mempunyai peti ais berteknologi sebegitu? Jangan susah hati. Banyak cara yang ada untuk mengatasi masalah ini.
- Kopi – Aroma kopi dipercayai boleh meneutralkan bau busuk di dalam peti ais. Cuba masukkan serbuk kopi dalam mangkuk dan letakkan di dalam peti ais.
- Cairan Vanilla – Ambil kapas muka dan basahkan dengan cairan vanilla sebelum letakkannya dalam peti ais selama 12-24 jam.
- Cuka – Campurkan cuka makan dengan air suam secukupnya. Celupkan kain lap bersih di dalam campuran tadi dan gunakan kain tersebut untuk mencuci permukaan dalam peti ais. Lap kering selepas itu sehingga bersih dan hilang bau.
- Lemon – Perahkan lemon dalam mangkuk berisi air. Letakkan mangkuk tersebut di dalam peti ais lebih kurang 45 minit. Lihat hasilnya kerana aroma segar lemon akan menyerap bau busuk itu.
- Soda Bikarbonat – Masukkan soda bikarbonat dalam satu mangkuk dan letakkan di dalam peti ais. Tutup pintu peti ais, lama-kelamaan bau busuk akan hilang.
Tips ini akan berkesan jika anda sentiasa membersihkan peti ais anda dengan teratur. Sentiasa asingkan makanan atau simpan makanan dalam bekas tertutup sebelum memasukkannya dalam peti ais.
Sumber: rasa.my & Google (gambar)


