Mempunyai tona wajah yang tidak sekata boleh menjatuhkan keyakinan diri seseorang apabila ingin berhadapan dengan orang ramai. Masalah ini boleh terjadi kerana pendedahan terhadap cahaya matahari yang melampau.

Entri kali ini Abang Brian ingin kongsikan 5 petua untuk mengatasi masalah ini dan yang paling awesome, petua ini boleh dilakukan di rumah sahaja.

  • Ubi Sengkuang

Khasiat yang terkandung di dalam ubi sengkuang membantu menyejukkan kulit disamping menyegarkan dan menjadikan kulit anda cerah sekata. Kupas ubi sengkuang dan sagatkan isinya sebelum menyapukan pada seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga kering sebelum bilas dengan air.

  • Putih Telur

Telur putih mengandungi khasiat yang membantu merawat pelbagai jenis kulit. Sapukan putih telur pada seluruh wajah dan leher dan biarkan ia kering. Bilas dengan air suam. Bagi anda yang mempunyai masalah bintik hitam pada wajah terutama pada hidung, rendamkan kapas muka di dalam mangkuk yang berisi putih telur. Letakkan kapas yang telah direndam pada bahagian wajah yang bermasalah dan biarkan sehingga kering. Kemudian, tarik kapas perlahan-lahan. Cara ini dapat membersihkan wajah anda secara mendalam, anda akan dapat lihat kotoran yang melekat pada kapas.

  • Teh Hijau

Teh hijau mengandungi antioksidan yang tinggi. Ia merawat kulit dari dalam dan menjadikan kulit anda lebih cerah dan berseri. Kebanyakkan wanita di Jepun, Korea dan China mengamalkan teh hijau sebagai minuman harian untuk mengekalkan awet muda.

  • Air Kelapa

Air kelapa adalah antara ramuan yang sangat efektif untuk membantu wanita memiliki kulit wajah yang sihat dan menawan. Air kelapa dikatakan dapat mencerahkan kulit, mengatasi masalah kulit kusam, melicinkan kulit dan mengecutkan jerawat. Basuh wajah dengan air kelapa setiap pagi dan biarkan ia kering sendiri pada wajah dan kemudian bilas dengan air bersih.

  • Madu

Madu juga mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kulit wajah. Madu mengandungi agen anti-bakteria yang membantu memudarkan kesan jerawat dan tompok gelap. Madu juga terkenal dengan kebolehannya mencerahkan wajah dan juga sebagai agen pelembap. Sapu madu pada wajah secara nipis. Biarkan madu kering dan kemudian bilas wajah dengan air perahan limau nipis atau lemon.

Sumber : Jelita