Tidak ada gunanya menyalah dapur yang terhad dek kerana keadaan dapur yang tidak kemas dan berantakan. Jika anda bijak, anda mampu menjadikan ruang yang ada tampil kemas, menarik dan praktikal. Bagaimana ingin menjadikan ruangan penstoran mencukupi? Ini kami kongsikan beberapa tips untuk membantu anda menguruskan ruang dapur anda dengan baik.

1. Ketahui kedudukan jarak tempat anda memasak dan ruang menyediakan makanan. Barangan yang selalu digunakan dalam penyediaan makanan harus diletakkan berhampiran kerana ia akan memudahkan penyimpanan dan memberi keselesaan tanpa perlu bergerak jauh.

2. Buat semua ruang-ruang yang tersembunyi seperti di atas almari dinding dan belakang pintu kabinet sebagai ruang penyimpanan tambahan.

3. Peralatan yang digunakan sekali sekala seperti peralatan membuat kek atau biskut boleh disimpan di dalam laci. Selain daripada memudahkan anda mencari barangan tersebut, dapur anda juga tampah lebih kemas.

4. Bagi menjimatkan ruang yang terhad, simpan pinggan atau mangkuk tambahan dengan menyusunnya secara bertindih di dalam laci yang dibuat khas.

5. Bekas penyimpanan harus disusun mengikut saiz yang betul dan disesuaikan dengan peralatan dapur. Dapur anda lebih menarik dan praktikal untuk digunakan.

6. Jangan biarkan ruang hadapan atau belakang pintu kosong. Jadikannya sebagai penyangkut apron atau tuala tangan.

7. Simpan sudu dan garpu dalam satu bekas di dalam laci.

8. Jika tiada ruang lagi di dalam kabinet, gantungkan sahaja barang-barang yang kerap digunakan pada bahagian dinding. Bina sebuah rak atau para untuk meletakkan barangan dapur dengan kemas.

9. Selain laci yang sedia ada, bakul rotan juga menjadi pilihan dan satu daya tarikan apabila diletakkan di ruang dapur.

10. Simpan makanan dalam pelbagai saiz mampu menjimatkan ruangan di dapur. Corak dan warna yang pelbagai menjadikan ruang penstoran lebih ceria. Malah, ia praktikal dan selamat digunakan.

Sumber: impiana.my & google (gambar)