Abang Brian pasti mesti ada diantara anda yang masih lagi samar-samar tentang pengiraan Indeks Jisim Tubuh atau lebih dikenali sebagai BMI. 

Haa jangan risau, anda sudah berada di dalam ‘kelas’ Abang Brian sekarang ini dan Abang Brian akan ajarkan cara-cara untuk mengira.

Berat tubuh badan [KG] bahagi Ketinggian [M] darab dengan Ketinggian [M]

formula-bmi

Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56m,

Caranya: 55 / (1.56 x 1.56) = 55 / 2.4336 = 22.6

7-rumus-cara-menghitung-berat-badan-ideal-pria-wanita-3-tabel-berat-badan-ideal-bmi

Sekiranya BMI anda:

  • Kurang daripada 20, kurang berat = Kurus
  • 20 hingga 24.9 = Normal
  • 25 hingga 29.9 = berat berlebihan
  • 30 dan keatas = obesiti

Sedikit peringatan untuk anda.

  • Timbanglah berat badan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
  • Semak status berat dengan mengira Body Mass Index (BMI)
  • Julat sihat ialah 20 hingga 25. Pengiraan BMI hanya diterima pakai jika berumur antara 18 hingga 64 tahun.
  • Ini adalah kerana golongan dewasa mempunyai saiz dan komposisi yang lebih stabil.

KEPERLUAN KALORI SEHARI

Lelaki mengikut umur :

  • 20-39 tahun = 2530 kalori
  • 40-49 tahun = 2400 kalori
  • 50-60 tahun = 2280 kalori

Wanita mengikut umur :

  • 20-39 tahun = 2000 kalori
  • 40-49 tahun = 1900 kalori
  • 50-60 tahun = 1800 kalori

Tak ada angka yang tepat. Tapi biasanya memang itulah jumlah kalori yang wajar kita ambil setiap hari. Dinasihatkan jangan terlebih. Kalau terlebih, memperbanyakkan senaman dan jogging pada hari tersebut.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : ohcikgu