3 Sebab Kenapa Anda Perlu Mengamalkan Minyak Zaitun Untuk Kecantikan
Haa jangan ingat minyak zaitun hanya boleh digunakan untuk masakan sahaja tau, tetapi ia juga sangat bagus untuk penjagaan kulit wajah kerana ia mempunyai antioksidan seperti Vitamin A dan E.
Untuk pengetahuan anda, Vitamin E sangat bagus kerana ia bermanfaat untuk anti-penuaan dan dapat mengembalikan texture kulit yang baik dari dalam.
Jom kita tengok antara kebaikan minyak zaitun untuk kulit wajah. Pasti anda akan teruja bila mengetahui tentangnya.
- Pelembap
Minyak zaitun dapat berfungsi sebagai pelembap atau lebih dikenali sebagai moisturizer. Dengan menggunakan minyak zaitun akan membuat kulit anda nampak lembap secara semulajadi.
- Mencegah kulit kering
Kulit kering merupakan salah satu masalah kulit sama ada pada wajah mahupun badan dan ia harus ditangani secepat yang mungkin. Salah satunya adalah dengan menyapukan wajah minyak zaitun yang sudah dicampur bersama garam laut ke kulit anda.
- Make-up remover
Titiskan minyak zaitun ke atas kapas dan sapukan ke muka untuk membersihkan sisa make-up pada wajah anda.
Sumber : sehatsatu

