Ramai diantara kita yang mempunyai masalah tubuh bahagian atas langsing tetapi peha besar seakan-akan tidak seimbang dengan tubuh badan yang anda miliki.

Ada segelintir berpendapat bahawa ia adalah genetik dan tidak boleh berbuat apa-apa. Anda silap! Sebenarnya jika anda ikut 7 cara mudah yang dikongsikan dibawah, Abang Brian pasti masalah itu dapat diselesaikan.

Semua masalah ada jalan penyelesaiannya tetapi ia bergantung atas diri seseorang itu sama ada dia malas atau pun tidak. Tepuk dada, tanya selera ye. 

Antara cara mudah yang anda dapat amalkan untuk memiliki peha yang kecil dan bebas dari lemak degil adalah : 

  • Minum air kosong

Air kosong sangat diperlukan oleh tubuh bukan hanya untuk elak daripada dehidrasi tetapi juga membantu membunuh racun dan memproses pembakaran lemak.

  • Makan makanan rendah kalori

BERHENTI makan fast food, makanan berminyak, tinggi gula dan tinggi lemak. Nak dapat kesan yang anda inginkan, kena DISIPLIN. Amalkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar, yogurt dan pelbagai makanan kaya serat.

  • Dapatkan tidur yang cukup

Tidur dapat membakar lemak badan. Dalam keadaan tidur, lebih kurang 45-115 kalori akan terbakar. Tapi jangan makan sebelum tidur kerana ia jadi punca peha anda besar.

  • Jangan stress

Lemak yang terkumpul di paha sukar dihapuskan walaupun dah bersukan. Tekanan akan menghalang pembakaran lemak dalam tubuh terutama di bahagian peha. 

  • Jangan kerja berlebihan

Kerja berlebihan hingga stress dan lupa waktu rehat tidak bagus untuk kesihatan. Ini kerana ia meningkatkan berat badan sehingga sukar untuk mengecilkan peha.

  • Sukan teratur

Kunci utama untuk memiliki peha kecil ialah bersukan. Ia sangat berkesan membakar lemak terkumpul dan biasanya lemak di bahagian peha sangat memerlukan masa untuk dihapuskan. 

  • Lakukan gerakan untuk kecilkan peha

Anda perlu tahu gerakan atau senaman apa yang sesuai untuk kecilkan peha. Latihan seperti berlari, naik tangga, squat, skipping dan berbasikal sangat membantu membakar lemak di peha. Lakukan aktiviti ini paling tidak 30 minit setiap hari.

Sumber : hanasuva