Zaman teknologi yang serba serbi canggih kini sememangnya memberikan pelbagai kesan positif dan negatif dalam kehidupan mahupun kesihatan.

Jom kita sentuh tabiat masyarakat Malaysia yang suka melihat telefon pintar mereka sebelum tidur.

Caucasian woman using cell phone in bed

Tahukah anda tabiat seperti ini sebenarnya sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan anda buta sementara akibat terlalu kerap menggunakan gajet dalam suasana gelap. 

Menurut kajian yang telah dilakukan dari The New England Journal of Medicine, cahaya terang pada telefon pintar anda dapat mensabotaj penglihatan mata anda.

Terdapat banyak kes penyakit yang kehilangan penglihatan di mata sebelah kanan akibat tabiat ini. 

Bukan itu sahaja, ada juga yang kehilangan penglihatan selama 15 minit setiap hari setiap kali bangun tidur di pagi hari.

183628pwydcdyvswjxs3ws

Ia boleh terjadi apabila anda berbaring sambil melihat telefon, anda sebenarnya cenderung untuk melihat dengan stu mata sementara sebelah mata pula tertutup dengan bantal.

Siapa sangka tabiat yang anda lakukan setiap hari tanpa sedar ini dapat menyebabkan kecederaan teruk pada mata anda.

Jadi, tolong kurangkan melihat telefon pintar sebelum tidur tau. Itu pun kalau anda masih sayangkan mata anda nak memerlukannya.

Sumber : mforum