Kanser payudara sememangnya satu penyakit yang sangat ditakuti oleh kaum wanita. Mungkin ada segelintir daripada anda yang sudah tahu bahawa ada makanan yang sihat sangat bagus untuk jantung, hati dan segalanya.

Tetapi apakah tips yang sihat untuk mengurangkan risiko kanser payudara? Jom kita lihat antara panduan makanan yang anda boleh amalkan.

  1. Kekalkan pengambilan makanan rendah lemak dan tidak melebihi 30 gram lemak setiap hari. Ini akan membantu mengekalkan diet seimbang yang juga membantu menurunkan berat badan. Estrogen disimpan pada lemak tubuh, jadi lebih sedikit lemak yang kita bawa, lebih baik.
  2. Masukkan brokoli ke dalam makanan dan menu harian anda. Makan sepinggan brokoli setiap hari dan anda akan mendapat manfaat khasiat sulfuraphane yang terdapat di dalamnya. Bahan sulfuraphane ini terbukti secara ilmiah dapat mengurangkan risiko kanser payudara.
  3. Jangan lupa makan buah-buahan dan masukkan sayur-sayuran lain dalam menu anda.
  4. Makan tomato yang kaya dengan likopen kerana ia merupakan agen yang berfungsi mengurangkan risiko kanser.
  5. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Elakkan makan dengan banyak sekaligus. Cara ini dapat membantu saluran pencernaan anda dan meningkatkan/memperbaiki metabolisme anda.
  6. Minum teh hijau yang kaya dengan antioksidan.
  7. Makan coklat gelap sekali sekala kerana coklat gelap terbukti sebagai agen yang dapat membantu mengurangkan risiko kanser payudara. Flavonoid yang terdapat pada coklat gelap (dark chocolate) juga dapat membantu untuk anda kelihatan awet muda. Elakkan pengambilan coklat manis kerana tidak mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan anda.

Abang Brian harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengurangkan atau mengelakkan diri daripada penyakit kanser payudara.

Ingat, corak makanan yang sihat dapat membantu anda mengatasi masalah berbahaya.

Sumber : Hidup Sihat