Jerawat Pasir adalah jerawat bersaiz kecil dan halus yang biasanya tumbuh dengan begitu banyak di bahagian muka terutamanya di sekitar dahi dan pipi. Yang paling geram, ia berjaya membuatkan muka seseorang itu kelihatan kasar dan agak kemerahan. dr-oz-indonesia-jerawat-pasir

Walaupun anda tepek berapa banyak ‘foundation’ pun, bintik-bintik itu masih akan kelihatan dan seakan-akan menggerutu. 

Selalunya penggunaan bahan-bahan semulajadi lebih selamat untuk kulit wajah berbanding produk yang dijual di pasaran. Jom tengok beberapa jenis bahan yang boleh anda cuba untuk membuat skrub muka yang akan membantu menghilangkan jerawat pasir.

  • Tepung Jagung & Teh Hijau 

Anda pasti sudah sedia maklum tentang khasiat teh hijau untuk kesihatan kulit. Manakala tepung jagung pula dikatakan bagus untuk menyerap lebihan minyak pada kulit wajah. Gabungan tepung jagung dan teh hijau akan membantu menanggalkan sel kulit mati dan membuatkan wajah lebih bersih dan awet muda.

  • Oat & Yogurt

Oat atau bijirin gandum dikatakan dapat menanggalkan sel kulit mati dan mengatasi masalah jerawat. Manakala yogurt pula selain dapat melembutkan kulit wajah, ia juga dapat bertindak sebagai agen pemutih dan membuatkan kulit muka lebih sihat.

  • Serbuk Kopi & Lemon 

Khasiat lemon selain dapat menanggalkan lebihan minyak pada kulit wajah, ia juga dapat memutihkan wajah. Gabungan serbuk kopi dan lemon akan menghasilkan skrub yang dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan jerawat pasir.

Abang Brian harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang mempunyai masalah jerawat pasir dimuka. Apa yang paling penting adalah jangan gunakan skrub secara kerap. Cukuplah seminggu atau dua minggu sekali.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : notawanita