Tips Paling SENANG Untuk Kekal Awet Muda
Kulit anda mungkin kehilangan kelembapan, kusam malah tidak bermaya apabila usia semakin meningkat? Sebenarnya pelbagai cara dilakukan untuk kelihatan awet muda tetapi kesibukan tugas harian kadang-kadang membantutkan usaha kita untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Nak kelihatan muda tidaklah terlalu susah kerana semuanya terletak di tangan anda. Haa anda sendiri yang menentukannya. Bak kata orang hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.
Jom kita lihat antara tips yang boleh anda amalkan untuk kelihatan awet muda.
- TIDUR
Tidur amatlah penting untuk kesihatan tubuh badan anda. Kulit anda juga akan bertambah baik dengan tidur yang mencukupi. Tempoh tidur yang baik ialah sehingga 6 – 8 jam setiap hari.
- CARA BERJALAN
Penting untuk kita berjalan dengan betul. Ada yang berjalan terbongkok-bongkok, ada yang jalan tertunduk-tunduk, ada yang laju, bukan itu sahaja yang jalan terlalu lambat pun ada. Kalau kita berjalan turun bukit, pasti kita akan cuba tegakkan badankan? Hah, berjalan tegak tetapi tidak mendada. Lagi satu berjalan juga satu senaman yang amat bagus untuk jantung.
- MINUM AIR
Sila amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Sebelum ini, satu eksperimen telah dilakukan oleh seorang wanita, Sarah Smith, yang menderita sakit kepala dan mempunyai masalah penghadaman. Doktor memintanya minum air air sehingga tiga liter sehari supaya badannya berfungsi dengan baik. Selepas mengambil air kosong sebanyak 3 liter sehari selama sebulan, wajah wanita jelas kelihatan lebih muda dan beliau bertambah sihat.
- BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN
Buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan dalaman dan juga kulit anda. Ulam-ulaman tempatan seperti daun pegaga, kacang botol, timun juga baik untuk kesihatan tubuh badan. Sebagai contoh, avokado kaya dengan antioksida dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imunisasi, melambatkan proses penuaan dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.
- TIDAK MEROKOK
Menurut dermatologist dari Sri Balaji Action Medical Institute, Dr. Nipun Jain, merokok menyebabkan kerosakan pada rambut dan kulit yang membuat anda jauh lebih tua dari usia sebenarnya. Bukan itu sahaja, ia boleh boleh menghalang kulit mendapat cukup oksigen dan nutrisi. Berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok.
- TANGANI TEKANAN
Tekanan bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan mental sebaliknya ia juga akan mempengaruhi kesihatan badan anda. Teorinya muda sahaja, bagi mereka yang selalu gembira pastinya akan kelihatan muda berbanding dengan mereka yang selalu berdepan dengan tekanan. Rancang perjalanan kehidupan harian anda dengan baik bagi mengelakkan tekanan.
- RUTIN PENJAGAAN WAJAH
Dengan usia yang semakin meningkat, kulit anda mungkin kehilangan keanjalan, yang kemudiannya menyebabkan garis-garis halus dan kedutan pada kulit. Jadi, anda haruslah memilih produk penjagaan wajah yang bersesuai dengan jenis kulit anda.
- BERSENAM
Cuba penuhkan aktiviti pada setiap hujung minggu dengan melakukan aktiviti beriadah yang boleh mengeluarkan peluh. Bersenam dapat meningkatkan kecekapan organ tubuh manusia, menyihatkan tubuh badan serta otak akan menjadi cerdas. Sebenarnya memang banyak kebaikan bersenam, jadi daripada menghabiskan cuti hujung minggu dengan tidur apa kata berubah kepada bersenam pula. Sekurang-kurang 30 minit untuk 1 hari.
- MAKE-UP
Ramai wanita yang memakai make-up atau alat solek kerana ingin kelihatan cantik serta nampak lebih muda. Tetapi, jika aplikasi itu salah, ia boleh membuatkan anda nampak buruk ataupun kelihatan lebih tua daripada usia sebenar anda. Sebagai contoh, anda boleh cuba make-up cara Korea yang lebih mengetengahkan teknik make-up yang simple dan nampak natural.
Haa mudahkan tips untuk kekal nampak muda? Alaa bukanlah susah mana pun kalau anda betul-betul ingin kelihatan muda. Ingat, nak seribu daya, tak nak seribu dalih tau!
Sumber : Wanista

