Tip Simpan Tauhu Agar Tak Cepat Basi
Tauhu merupakan salah satu bahan makanan hasil olahan daripada kacang soya yang diminati ramai. Kenapa ramai yang menyukai tauhu ni? Ini kerana walaupun harga tauhu murah, ia tetap kaya dengan protein.
Namun, tauhu tidak boleh disimpan lama kerana ia akan cepat basi dan menghasilkan bau masam jika dibiarkan terlalu lama tanpa dimasak.
Jom kita lihat bagaimana cara untuk menyimpan tauhu agar tidak cepat basi.
- Simpan tauhu di dalam bekas – Jika anda tidak mahu masak terus tauhu yang dibeli, pastikan anda menyimpan tauhu ke dalam bekas. Elakkan daripada menyimpannya dengan beg plastik sepertimana yang dibeli.
- Buang air tauhu – Ketika anda membeli tauhu, perasan tak ada air rendaman tauhu berkenaan? Air itu biasanya telah kotor atau keruh. Buangkan air tersebut kerana ia akan membuatkan tauhu berasa masam dan mengeluarkan bau.
- Gantikan air tauhu dengan air bersih – Setelah buang air yang kotor tadi, gantikan dengan air bersih. Pastikan anda melakukannya dengan perlahan kerana bimbang tauhu tadi hancur. Pastikan juga tauhu tadi rendam secara keseluruhan. Penggantian air ini penting untuk mencegah daripada tauhu menjadi masam dan berbau.
- Simpan tauhu di tempat terbuka – Setelah simpan di dalam bekas yang sepatutnya, simpan bekas berkenaan pada tempat yang terbuka dan sebaiknya bekas tersebut tidak tertutup rapat. Ini bertujuan ingin mengeluarkan fermentasi yang terdapat pada tauhu.
Sumber: segiempat.com & Google (gambar)

