Kulit kayu manis dikenali sebagai bahan tambahan yang sering dicampur dalam makanan dan minuman. Selain aromanya yang wangi, kayu manis sangat bermanfaat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Tahu tak gabungan kayu manis dan susu berfungsi sebagai ubat untuk pelbagai penyakit, salah satunya ia boleh membantu anda untuk mendapatkan rehat yang cukup serta tidur yang lebih baik.

Pencernaan – Ia mengurangkan rasa tidak nyaman perut dan menenangkan gastrointestinal. Kandungan yang terdapat dalam kulit kayu manis seperti kalsium, serat dan mineral adalah sangat baik untuk kesihatan pencernaan usus, serta melindungi diri daripada penyakit jantung. Selain daripada itu, serat kulit kayu manis juga dapat mengubati cirit-birit.

Lena Membantu anda tidur lebih lena dan juga tenang pada waktu malam.

Ubati Selesema Rawatan tradisional Cina biasa menggunakan kulit kayu manis untuk mengubati demam dan selesema. Kulit kayu manis mengandungi zat yang berperanan membuat tubuh semakin hangat dan seterusnya memberi rasa keselesaan.

Kencing Manis Antioksidan yang terkandung dalam kayu manis dapat membantu mengawal tahap gula darah. Bagi pesakit kencing manis, terutama mereka yang berada di tahap kedua, kulit kayu manis berperanan dalam memperbaiki respon insulin dan membantu proses pencernaan selepas makan. Satu gram kulit kayu manis boleh menurunkan tahap gula darah, triglycerides, kolesterol malahan ia boleh mengurangkan risiko penyakit jantung pada pesakit diabetes.

Kesihatan Mulut Membantu mengurangkan rongga, menguatkan gusi dan mengurangkan gigitan serangga.

Sihat Untuk Rambut & Kulit Dapat melawan setiap bahan-bahan yang boleh merosakkan kulit dan rambut anda kerana sifat antibakteria dalam susu dan kayu manis akan mentapkan sistem sel kulit dan rambut lebih sihat.

Jadi selepas ini jangan ragu lagi untuk menambah kulit kayu manis pada makanan dan minuman untuk membantu anda menjaga kesihatan tubuh badan.

Cara menyediakan Susu Kayu Manis

  • Untuk membuat susu, hanya panaskan susu sehingga mendidih.
  • Tuang ke dalam cawan dan tambahkan kayu manis.
  • Tutup cawan dan biarkan ia bersama kayu manis kira-kira 10 minit.
  • Buang kayu manis tadi.
  • Tambah madu mengikut citarasa anda.
  • Diatasnya boleh ditabur serbuk kulit kayu manis sekali.

Sumber : Wanista