Petua Untuk Elak Penyakit ‘MALAS’ Dalam Diri Demi Masa Depan
Semua orang mesti pernah mengalami perasaan MALAS kan? Nak buat apa pun rasa malas je. Haa bila dah mula ada rasa MALAS itu, confirm makin banyak kerja yang tertangguhkan? Bila dah tangguh itu, haaa pandai-pandailah hadap! Hehe.
Penyakit ini sememangnya sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan anda gemuk dan merosakkan kejaya anda. Tetapi jangan risau, Abang Brian ada beberapa solution untuk anda yang ada ‘penyakit’ MALAS dalam diri tu. Jom kita tengok antara solution nya.
- Selesaikan Tugas Yang Paling Besar
Biasanya ini perasaan malas ini datang apabila anda rasa terbeban dengan banyak tugas, contohnya perlu menyiapkan banyak kerja dalam masa yang singkat. Untuk mengatasi masalah ini, cuba tetapkan untuk selesaikan tugas satu per satu. Mulakan dengan menyelesaikan tugas atau kerja yang paling besar dulu, kemudian barulah dengan kerja yang lebih ringan.
- Bersenam
Bersenam di antara cara yang mudah dan praktikal untuk menghilangkan rasa malas. Lakukan senaman ringan seperti jogging, berjalan-jalan untuk melancarkan semula perederan darah di dalam tubuh dan memberi tenaga kepada anda. So tak adalah anda akan jadi malas lagi!
- Fokus
Berikan fokus yang sebaiknya pada tugas atau kerja yang perlu disiapkan, elakkan dari sikap suka menangguh kerja.
- Rehat Seketika
Bawa bertenang dan rehat seketika, ini juga cara berkesan untuk menghilangkan perasaan malas. Cuba tenangkan balik fizikal dan mental anda dan tumpukan perhatian kepada tugas-tugas yang perlu di siapkan.
- Beri Ganjaran Kepada Diri Sendiri
Menurut kajian, seseorang lebih seronok menyelesaikan sesuatu tugas jika diberi ganjaran. Letakkan satu matlamat apa barang yang anda inginkan dengan menggunakan duit daripada hasil titik peluh sendiri.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : thevocket

