Apabila sistem pencernaan anda tidak berfungsi dengan baik, toksin akan terhasil dan berkumpul melalui pelbagai makanan yang anda makan. Toksin atau racun inilah yang akan merosakkan fungsi sel dalam badan anda jika ia terkumpul lama di dalam badan.

Toksin atau racun bukan sahaja terhasil melalui pemakanan, malah ia juga terhasil melalui kesan pengambilan ubat-ubatan, udara kotor, radiasi, dehidrasi dan amalan gaya hidup yang tidak sihat sepeti merokok.

Ramai yang tidak sedar atau tahu bahawa tubuh badan mereka sebenarnya penuh dengan toksin atau racun. Jika dibiarkan, ia akan membahayakan organ penting tubuh terutamanya ginjal yang berfungsi menyaring racun dalam tubuh.

Jom lihat apakah tanda-tanda menunjukkan badan anda dipenuhi toksin.

Kerap Letih – Anda tetap rasa mengantuk dan kurang bertenaga walaupun cukup tidur.

Berat Badan Sukar Turun – Walaupun anda sudah bersenam dan mengawal pemakanan, berat badan anda tidak berkurangan.

Mulut Berbau – Bau mulut sememangnya mempunyai kaitan dengan masalah pencernaan yang menganggu penyingkiran toksin dari badan.

Sembelit – Setiap hari, usus akan menyingkirkan banyak racun dari tubuh badan kita. Namun, ketika menghadapi sembelit, tubuh menyimpan semua racun itu. Ini akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala, lenguh dan keletihan.

Lemah Daya Ingatan dan Tumpuan – Anda juga kerap merasa cemas

Sinus dan Alahan – Selain daripada anda mungkin menjadi sensitif kepada bau terutamanya wangian, anda juga berkemungkinan mempunyai sistem imun yang lemah.

Kulit Bermasalah – Jika anda mengalami jerawat , ruam dan masalah kulit lain, itu mungkin menandakan badan anda penuh toksin. Anda perlu berwaspada jika mata anda mula membengkak atau mengalami psoriasis. Ini kerana ia boleh menjadi tanda bahawa kandungan racun di dalam badan sudah terlalu banyak.

Kaedah Keluarkan Toksin 

Jadi, bagaimana untuk kita merawat atau mengeluarkan toksin di dalam badan kita? Melalui detoksifikasi atau detoks iaitu melalui proses pembuangan racun dari dalam tubuh. Anda boleh mengamalkan pelbagai jenis detoks.

Detoks Jus Buah atau Sayur 

Antara buah-buahan yang selalu dijadikan jus detoks adalah epal, anggur, belimbing, oren, tomato, nanas, kubis, brokoli, lemon dan timun.

Detoks Air 

Selain minum banyak air putih, anda juga boleh merendamkan tubuh badan anda dengan air panas atau sejuk.

Puasa 

Puasa sememangnya merupakan antara satu cara terbaik untuk membuang racun dari tubuh.

Bekam 

Rawatan bekam adalah rawatan yang menyedut darah kotor dari beberapa bahagian tubuh.