Kedudukan Di Tempat Kerja Pengaruhi Reputasi Kerja
Cuba perhatikan kedudukan dan posisi meja di tempat kerja anda sekarang. Adakah ia benar-benar di kedudukan yang sesuai? Adakah anda tahu bahawa posisi meja kerja anda sedikit sebanyak memberi efek pada reputasi anda di pejabat?
Jangan ambil ringan hal ini. Jom kita lihat empat posisi meja kerja yang biasa ada di tempat kerja dan bagaimana ia memberi efek kepada anda.
Posisi 1: Membelakangi pintu
Hindari tempat duduk yang membelakangi pintu jika boleh. Carilah ruang kerja yang berhadapan dengan pintu masuk. Secara simboliknya, rezeki datang melalui muka pintu dan tidak elok jika anda membelakanginya. Dengan itu anda akan sentiasa bersedia dengan sesiapa yang keluar masuk terutamanya majikan anda. Pasti semua berjalan lancar.
Posisi 2: Laluan ramai
Ruang kerja yang terletak pada posisi laluan ramai akan menggugat konsentrasi kerja anda. Contohnya posisi yang berhadapan dengan lif, di laluan ke bilik ari, berdekatan tangga, menghala ke rak simpanan dokumen dan sebagainya.
Posisi 3: Jauh daripada bos
Mungkin ramai yang tidak mahu posisi tempat kerja yang terletak dekat daripada meja ataupun bilik bos. Tetapi sebenarnya posisi meja kerja yang berdekatan dengan bos adalah bagus untuk prestasi kerja anda. Ini kerana risau gerak geri diperhatikan akan membuatkan anda akan sentiasa berada di meja dan melaksanakan tanggungjawab kerja dengan lebih baik.
Posisi 4: Duduk di kalangan rakan
Suasana ceria akan wujud apabila anda duduk di kalangan rakan-rakan sekerja yang ‘sekepala’. Tetapi, ia juga memberikan efek kepada tugas anda seharian.
Kalau setiap saat nak bergosip sahaja, kerja pun jadi tertangguh. Jika perlukan konsentrasi, asingkanlah diri buat seketika.
Elakkan daripada meletak TIGA benda ini dari meja kerja anda.
Item 1: Cermin
Hindarkan diri anda daripada meletak cermin di meja kerja anda. Ia bukan sahaja memantulkan refleksi dan aura negatif pada mereka yang berdekatan dengan anda, malah cermin juga akan menyekat tumpuan anda bekerja.
Item 2: Foto Keluarga
Foto keluarga seringkali diletakkan dimeja kerja sebagai pendorong untuk bekerja keras. Namun, elakkan daripada meletak gambar terlalu banyak kerana ia menunjukkan hati dan jiwa anda masih tertinggal di rumah.
Item 3: Makanan
Makanan boleh dinikmati di meja kerja jika anda tidak makan luar. Tetapi hindari daripada meletakkan terlampau banyak makanan semasa sedang bekerja. Selain daripada memberikan ketidakselesaan di perut akibat selera yang datang, makanan juga akan menjejaskan pandangan orang akan meja kerja anda.
Sumber: maskulin.karangkraf.com & Google (gambar)




