Siapa yang tidak mahu berjaya dalam bidang perkerjaan yang diidamkan bukan? Tetapi, jika malas dan tidak bersemangat melakukan tugasan dengan sempurna, bagaimana mahu berjaya?

Berikut adalah panduan yang boleh membantu anda mengecap kejayaan dalam kerjaya sekaligus memberikan semangat untuk meneruskan pekerjaan seharian.

1. GHAIRAH 

Untuk berjaya, kita perlukan kesungguhan dan keghairahan. Tentukan dan pastikan minar anda kerana ia sedikit sebanyak membantu meningkatkan semangat dan memancarkan aura positif. Apabila memiliki keghairahan dalam menyiapkan tugasan, pasti ia dapat dilakukan dengan sebaik mungkin sekaligus mencapai kejayaan yang diimpikan.

2. BOLEH DIPERCAYAI DAN BERKUALITI 

Jadilah pekerja yang boleh dipercayai, mampu menyiapkan tugasan pada bila-bila masa dan sanggup menghadapi kesukaran selain fleksibel jika ingin berjaya dalam kerjaya. Tentunya anda akan menjadi pekerja yang luar biasa!

3. JUJUR

Setuju atau tidak apabila jujur, kejayaan akan mudah dicapai? Jujur dan setia adalah prinsip yang harus ada dalam diri setiap pekerja.

4. SALING MEMUJI DAN MENGHORMATI SEMUA ORANG 

Berikan kata-kata pujian pada rakan yang mampu menyiapkan tugasan sukar dengan sempurna. Ia akan memberikan kelegaan kepada mereka dan berasa dihargai. Malah, kena selalu saling menghormati rakan sekerja tanpa mengira pangkat.

5. BELAJAR TANPA HENTI 

Pekerja yang ingin berjaya akan selalu cuba memajukan diri dan prestasi kerjanya. Malah, dia akan sentiasa menambah ilmu sama ada teori ataupun praktikal. Kita pasti tahu apa yang perlu dipelajari dan kemahiran apa yang perlu dikuasai. Jika kita bijak dalam menumpukan perhatian dan usaha terhadap perkara yang mendatangkan hasil, kita mampu menguasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa yang singkat.

 

Sumber: Harian Metro (31 Mac) & Google (gambar)