Adakah Anda Mengalami Tanda-Tanda Penyakit Jantung? Ambil Tahu Dan Lakukan Rawatan Secepatnya!
Jika seseorang menghidapi jenis penyakit tertentu, pasti akan ada gejala atau tanda-tanda yang timbul. Sama seperti sakit jantung. Sehinggalah tanda-tanda tersebut didiagnos untuk mengetahui penyakit sebenar. Meskipun ada diantara tanda-tanda yang akan ditunjukkan ini sama dengan petanda penyakit lain, ada juga tanda yang tertentu sakit jantung dan berbeza dengan petanda penyakit lain.
Tanda awal penyakit jantung berbeza bergantung kepada jenis penyakit jantung yang dialami. Ada beza antara sakit jantung dan serangan jantung dimana ramai orang yang menganggap kedua-dua itu mempunyai tanda yang sama.
Sakit jantung terjadi apabila fungsi jantung tidak lagi mampu mengepam darah keseluruh tubuh badan manakala serangan jantung pula terjadi apabila pembuluh darah yang membawa oksigen tersumbat dan mengecil.
1. Sakit Pada Bahagian Kepala
Apabila anda merasa sakit pada bahagian kepala ketika terkena sinar matahari, ini merupakan tanda anda mempunyai masalah dengan jantung. Situasi ini akan membuatkan jantung berdenyut dengan lebih lambat atau lebih cepat. Kaum wanita harus berwaspada jika mengalami sakit migrain kerana sakit kepala yang berlaku kepada penderita penyakit jantung adalah akibat daripada peredaran darah yang tidak betul.
2. Sakit Dada
Apabila sakit dada, ia merupakan petanda biasa untuk sakit jantung. Malah sakit dada juga merupakan petanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi, segera berjumpa doktor untuk memastikan kenapa anda sakit dada. Sakit dada akibat serangan jantung berlaku apabila arteri tersumbat akibat darah yang tidak dapat mengalir ke seluruh badan.
3. Sakit Pada Bahagian Tubuh
Mereka yang menghidap sakit jantung akan merasakan sakit pada bahagian tangan, tubuh badan seperti bahu, punggung, siku dan juga leher. Rasa sakit itu datang kadang kala.
4. Cepat Lelah
Antara petanda penyakit jantung adalah cepat merasa lelah padahal seseorang itu baru bangun tidur dan tidak melakukan aktiviti berat apa pun. Jika hal ini berlaku, segera berjumpa doktor dan tanyakan perihal keadaan anda.
5. Sesak Nafas
Sesak nafas berlaku disebabkan oleh pembuluh darah yang menghalang aliran darah daripada mengalir keseluruh tubuh badan yang akan menjadi penyebab jantung gagal berdenyut.
6. Merasa Mual
Penderita penyakit jantung akan merasa mual dan tiada selera makan. Pada awalnya, bahagian perut yang akan membengkak, kemudian bahagian dalam perut akan merasa mual juga.
7. Rasa Cemas
Kebiasaannya mereka yang mengalami serangan jantung akan trauma sehingga menimbulkan rasa tegang, ketakutan dan cemas. Oleh yang demikian, kekalkan ketenangan untuk hilangkan perasaan cemas.
8. Bahagian Tubuh Membengkak
Bahagian tubuh badan sepertii perut, pergelangan kaki akan membengkak jika seseorang itu menghidap penyakit jantung.
9. Berpeluh
Anda harus berwaspada sekiranya tubuh badan anda mengeluarkan peluh yang banyak walaupun anda tidak melakukan olahraga atau apa-apa aktiviti.
10. Pengsan Tiba-Tiba
Pengsan atau tidak sedarkan diri biasa terjadi kerana tekanan darah yang rendah dan sebab biasa yang lain. Namun, pengsan dengan tiba-tiba mungkin penyebab masalah yang lebih serius. Segera lakukan pemeriksaan doktor bagi mencegah daripada awal.
11. Genetik Keluarga
Anda perlu lebih berwaspada sekiranya ahli keluarga anda ada sejarah penyakit jantung atau serangan jantung ketika muda.
Paling penting sekarang adalah menjaga kesihatan anda sebelum sakit menyerang bahagian tubuh badan tertentu. Lakukan rutin olahraga dengan teratur dan amalkan gaya hidup dan pola makan yang sihat. Lakukan juga pemeriksaan rutin kesihatan anda.
Sumber: hariansehat.com & Google (gambar)

