Anda memang pikir ditegur kawan mata merah kerana kanta lekap adalah biasa. Tapi tahukah anda, jika dibiarkan tanpa mengambil langkah penjagaan segera, ia akan merebak dan menyebabkan mata anda sakit.

Dapatkan rawatn doktor secepatnya dan titiskan air solusi khas untuk mata. Elakkan diri dari memakai kanta lekap sekurang-kurangnya seminggu.

Jom kita tengok 6 punca kenapa mata merah ketika anda memakai kanta lekap.

1. KANTA TERBALIK 

Jika mata kamu berada di dalam zon yang tidak selesa, besar kemungkinan kanta yang anda pakai itu terbalik. Cuba perhatikan kembali kanta kamu. Jika ia separuh bulat dan lebar, itu tandanya ia dalam keadaan sempurna.

2. TANGAN TIDAK BERSIH 

Bersihkan tangan anda terlebih dahulu sebelum memakai kanta lekap menggunakan jari. Anda pasti tidak mahu mata anda pedih dan dijangkiti bakteria yang melekat di jari bukan?

3. AIR RENDAMAN DIJANGKITI BAKTERIA

Jangan pandang remeh apabila merendam kanta lekap. Ada di antara mereka yang menjadikan air mineral dan paip sebagai air solusi dan rendamkannya semalaman. Ini adalah salah. Air tersebut akan memberikan infeksi pada mata. Bukan itu sahaja, anda juga harus rajin menggantikan air rendaman menggunakan air solusi khas sekurang-kurangnya sehari sekali.

4. KANTA TERLALU KERING 

Kanta lekap yang terlalu kering juga akan menyebabkan mata anda kemerahan. Kanta akan menjadi besar dan keras dan keadaan ini dikhuatiri akan mencalarkan atau melukakan mata anda. Jika situasi ini berlaku, ganti sahaja kanta tersebut dengan kanta yang baru.

5. KANTA TAMAT TEMPOH 

Berapa lama sudah anda pakai kanta lekap anda? Jika lebih dari sebulan, besar kemungkinan kanta tersebut sudah tamat tempoh. Amalkan rutin menukar kanta lekap setiap bulan untuk langkah penjagaan.

6. MATA KERING

Mata merah juga disebabkan oleh mata yang terlalu kering. Cuba titiskan ‘eye drop’ khas untuk mata sekurang-kurangnya 3 kali sehari bagi mengekalkan kelembapan mata.

 

Sumber: remaja.my & Google (gambar)