Setiap kali menjelang Ramadan, pasti ada timbul salah faham hingga wujudnya kekeliruan mengenai larangan ketika berpuasa. Inilah yang terjadi sekiranya terlalu percaya tentang apa yang disampaikan melalui mulut ke mulut atau kesalahan informasi di media sosial. Jom kita lihat antara mitos yang sinonim ketika Ramadan dan fakta berkaitan dengannya.

MITOS 1 

Menggosok gigi boleh membatalkan puasa

FAKTA 

Perkara ini sering timbul ketika bulan Ramadan sejak dulu lagi sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali. Menggosok gigi ketika berpuasa adalah dibenarkan cuma jangan sampai tertelan air.

MITOS 2

Menangis boleh membatalkan puasa

FAKTA 

Tidak terbatal puasa anda jika anda menangis ketika berpuasa. Ini adalah sekadar mitos semata-mata.

MITOS 3 

Makan banyak ketika sahur boleh mengelak rasa lapar pada siang hari

FAKTA 

Ini juga merupakan mitos semata-mata. Pengambilan makanan berat dan berlemak ketika sahur akan mengundang rasa lapar kerana anda cenderung kehilanganan tenaga sebelum waktunya. Jadi, ambil makanan yang tepat dan seimbangkannya dengan karbohidrat, protein, lemak dan sayuran.

MITOS 4 

Puasa menurunkan berat badan

FAKTA 

Iya benar, anda tidak makan pada siang hari tetapi pengambilan makanan yang berkalori tinggi semasa berbuka boleh menjadikan berat badan anda bertambah. Oleh itu, pastikan pengambilan makanan adalah dalam kuantiti yang sederhana tidak kira ketika bersahur atau berbuka untuk mendapatkan berat badan ideal.

MITOS 5

Sukan ketika berpuasa boleh memudaratkan

FAKTA 

Anda masih boleh bersenam ketika berpuasa. Sebaik-baiknya, lakukan aktiviti sukan pada waktu petang iaitu beberapa jam terakhir sebelum berbuka. Dengan itu anda tidak kehilangan banyak tenaga.

 

Sumber: Harian Metro (9 Jun) & Google (gambar)