Kerja ibu-ibu di dapur menjadi senang dengan membeli santan yang siap diperah. Tetapi yang menjadi masalahnya adalah santan ini tidak tahan lama. Jika lambat masak, rasanya pasti sudah lain. Jika digunakan, makanan boleh menjadi cepat basi.

Antara jalan penyelesaian yang ibu-ibu buat adalah menyimpan santan di tempat beku dan dicairkan apabila mahu digunakan. Cara ini tidak berkesan kerana santan tersebut tidak segar dan berbau sedikit.

Ibu-ibu boleh mencuba perua yang dikongsikan ini untuk memudahkan dan menyimpan santan di dalam peti sejuk supaya tetap segar.

Caranya:

1.    Ambil beberapa helai surat khabar dan basahkan.

2.    Balut santan tersebut. Letak dalam tempat beku.

Yang akan beku nanti kertas tersebut manakala santan tetap mantain segar dan tahan lama. Walaupun santan tersebut beku tapi tetap segar selain tiada lebihan air. Berbeza dengan kaedah biasa, santan di bawah, air di atas kan? Kalau yang ini semuanya santan pekat.

 

Sumber: keluarga.my & google (gambar)