Cara Yang Betul Untuk Menyiram Tanaman
Memelihara tanaman di rumah merupakan antara salah satu hobi popular. Tetapi, tak ramai yang paham cara menyiram air yang benar. Daripada anda membuang dan membazir air, iku beberapa petunjuk berikut.
Menyiram tanaman di permukaan dan terlalu kerap tidak selamanya baik untuk tanaman. Lebihan asupan gizi di sekitar akan membuatkan akar tanaman tidak berkembang.
Sebaliknya, menyiram tanaman pada waktu yang betul dan ditempatkan di tempat yang dalam akan merangsang akar tanaman untuk tumbuh.
Jika anda memeliharanya dengan tepat, selepas beberapa bulan tanaman anda sudah matang dan dapat bertahan selama seminggu. Pada tahun berikutnya, ia bakal mampu bertahan sehingga sebulan.
Teknik dan frekuensi menyiram sebenarnya mempengaruhi tumbesaran tanaman.
Cara Menyiram
Berikan air pada tanaman yang berkaitan dengan ke mana air itu mengalir. Tanah mempunyai batas dalam menyerap air sekaligus. Jadi, anda harus menyiram tanaman dengan lebih dalam dan dalam kuantiti yang lebih sedikit.
Berapa banyak air diperlukan?
Bagi penyiraman dengan tangan, lebih baik anda membuat ceruk pada tanah tepat dibawah garis titisan air dari daun dan mengisinya sebanyak 2 atau 3 kali.
Aplikasikan air yang meresap perlahan selama 20-30 minit bagi tanaman yang lebih besar.
Penyiraman dengan selang air pula dengan menyiram tanaman sehingga air itu mencapai kawasan penyimpanan lalu dihentikan dan biarkan air meresap. Ulang satu hingga dua kali.
Adalah lebih baik jika anada menyiram taaman pada waktu pagi supaya mereka dapat mengering sebelum malam. Keadaan daun yang lembap akan mengundang pelbagai jenis penyakit.
Jenis
1. Akar tanaman berjenis pokok biasanya menjangkau ke dalam tanah lebih dalam daripada jenis semak-semak atau tanaman hias. Tanaman berdaun kecil, keabu-abuan, dan menyerupai jarum biasanya memerlukan air lebih sedikit.
2. Dengan menjangkakan praktik penyiraman akan berjalan lancar, semakin lama tanaman di atas tanah, semakin matang dan berkurang kebutuhan akan asupan air tambahan.
3. Keadaan tanah juga perlu di ambil kira. Partikel halus pada tanah lempung menyerap air lebih lambat dan menahan lebih kuat daripada tanah pasir atau tanah liat yang dapat mengering lebih cepat.
4. Kuantiti cahaya akan anda mempengaruhi kecepatannya mereka untuk menjadi kering. Ketahui suhu udara dengan cara laluan angin yang berhembus disekitar tanaman.
5. Cuaca dingin dan lembap pasa musim hujan akan mengurangkan penggunaan air. Tetapi, disaat keadaan panas dan kering akan memerlukan air yang lebih banyak.
Sumber: rumah.com & google (gambar)

