Cadar katil adalah antara keperluan utama di bilik tidur dan akan memberikan keselesaan yang berpanjangan. Cadar katil juga membuatkan tidur dan rehat anda selesa tanpa gangguan setelah seharian penat bekerja.

Berikut adalah beberapa panduan memilih cadar yang sesuai sebelum anda membelinya.

  • Jenis cadar

    Cadar sutera mungkin kelihatan mewah di bilik tidur tetapi ia tidak praktikal jika cuaca panas. Yang paling utama adalah anda ketahui apa yang diinginkan untuk menjadikan bilik tidur anda lebih selesa.

  • Warna cadar

    Pilihlah warna cadar yang selari dengan warna selimut dan sesuai dengan suasana bilik tidur.

  • Saiz cadar

    Anda perlu mengetahui saiz tilam sama ada berkembar, penuh, queen atau king selain kedalaman tilam. Cadar yang dipasang terlalu besar atau kecil akan kelihatan kurang menarik.

  • Fabrik cadar

    Pilihan fabrik juga penting dan perlu disesuaikan dengan cuaca. Fabrik cadar datang dalam pelbagai jenis kain termasuk kapas, polyester, sutera dan campuran. Cadar bulu akan lebih selesa dalam cuaca sejuk manakala kapas adalah contoh fabrik nipis dan jenis kain yang bernafas, sesuai dipakai meskipun cuaca panas. Carilah cadar yang tidak memerlukan penjagaan yang khas.

    Ingat! Yang utama adalah membeli cadar yang mudah untuk dibersihkan.

Sumber: Berita Harian (6 Jun) & Google (gambar)