Anda mempunyai masalah ketiak basah dan berbau? Pastinya ia satu masalah besar buat anda terutama yang selalu berada dipersekitaran ramai orang. Lebih-lebih lagi ketika berkunjung ke rumah saudara mahupun teman taulan. Selain mengurangkan keyakinan diri, masalah ini boleh mengundang ketidakselesaan pada diri dan juga orang sekeliling. Jadi, jangan biarkan masalah begini menghantui anda. Yang penting, kena rajin amalkan petua ini.

  • TEH HIJAU

    Ia berfungsi meningkatkan metabolisme tubuh dan menghakis segala lemak yang ada pada usus. Selain itu, antioksidandan nutrisi yang terkandung dalam teh hijau ini akan mengendalikan pengeluaran peluh. Justeru, amalkan minum teh hijau ini 2 hingga 2 cawan sehari.

  • CUKA PUTIH + CUKA EPAL

     

    Ambil 2 sudu teh cuka putih dan satu sudu teh cuka epal untuk menstabilkan kalenjar peluh. Amalkan campuran ini 3 kali sehari sebelum sarapan atau ambil 30 minit sebelum atau selepas makan.

  • JUS TOMATO

    Untuk mencegah peluh yang berlebihan dari badan, ambil 1 hingga 2 gelas satu hari jus tomato asli tanpa gula.

Sumber: keluarga.my & google (gambar)