Keyakinan seorang gadis boleh menurun apabila mereka tersedar sesuatu yang ganjil muncul di wajah mereka. Mereka akan kelihatan pelik dan ‘bermisai’ memang sesuatu yang tidak cool. 

Jangan panik. Sebenarnya misai ni bukanlah seperti apa yang dimiliki oleh lelaki  tetapi ia sebenarnya hanyalah rambut halus yang tumbuh di atas bibir.

Lemon

Campurkan air perahan lemon ini dengan gula hingga larut kemudian sapukan di kawasan  atas bibir seperti biasa. Biarkan ia selama 15 – 20 minit kemudian gosok perlahan hingga bulu roma tercabut.

Untuk dapatkan kesan yang lebih berkesan anda boleh cuba lakukan dua minggu sekali.

Telur

 

 

Asingkan kuning telur dan ambil putih telur sahaja. Campurkan ia dengan gula halus dan tepung jagung. Gaulkan sehingga sebati dan sapukan ke atas bibir.

Biarkan selama 15 – 20 minit kemudian tanggalkan masker. Saat ini bulu roma akan tercabut sekali apabila kamu tanggalkan masker. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Kunyit

 

 

Mungkin kamu tidak pernah terfikir, tetapi percayalah kunyit juga boleh membantu mengurangkan misai nipis yang ada di bahagian atas bibir. Caranya hiris halus sebiji kunyit dan campurkan hirisan dengan sedikit susu hingga menjadi pekat dan kacau sehingga sebati.

Pakai masker kunyit di kawasan yang berbulu kemudian biarkan hingga kering. Lama kelamaan ia akan gugur. Kunyit juga dapat melambatkan pertumbuhan bulu roma di kawasan tersebut. Lakukan ia sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Sumber: remaja.my & google (gambar)