Habis peralatan memasak seperti periuk, belanga mahupun kuali jadi hitam legam akibat kesan hangus. Mana mungkin periuk dan kuali mahal itu hendak dibuang sahaja. Memang agak susah untuk menyental periuk dan kuali yang ada kesan hangus tetapi kalau kena dengan caranya, kesan hangus tersebut boleh dihilangkan. Jadi, jangan lah buang begitu sahaja periuk dan kuali tersebut.

Jom kita lihat antara tip yang boleh digunakan untuk menghilangkan kesan hangus pada peralatan memasak anda.

1. GARAM DAN LIMAU NIPIS

Perah beberapa biji limau nipis dan campurkan dengan satu sudu garam pada peralatan tersebut. Biarkan selama sejam kemudian sental dan cuci seperti biasa.

2. TOMATO 

Lenyekkan beberapa biji buah tomato ke dalam periuk atau kuali yang hangus. Biarkan semalaman. Teruskan kerja menyental periuk dan kuali tersebut keesokkan harinya.

3. MINUMAN BERKARBONAT 

Rendam periuk atau kuali yang hangus dengan minuman berkarbonat. Biarkan selama beberapa jam. Uji sama ada kerak sudah tertanggal atau tidak dengan mencungkil kesan keraj dengan menggunakan sudu besi. Jika kesan kerak tidak tertanggal, biarkan semalaman lagi.

4. SABUN MANDI 

Potong sabun mandi menjadi empat bahagian. Ambil satu bahagian sabun mandi tersebut dan rendam ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga kembang. Sental periuk tadi dengan sabun tersebut. Teruskan menyental menggunakan berus dawai.

Sumber: Sinar Harian (1 September 2017) & google (gambar)