Apakah 8 Langkah Tepat Mencuci Peralatan Makan Dan Masak?
Mencuci peralatan selepas makan dengarnya senang bukan? Tetapi sebenarnya, ketika mencuci ini lah kita perlu ambil perhatian lebih supaya piring, gelas atau peralatan yang lain dibersihkan dengan sempurna.
Pinggan mangkuk dan kuali anda kelihatan bersih, tapi terasa licin. Ini kerana sisa lemak dan minyak mungkin masih melekat di peralatan tersebut. Kadang-kadang. peralatan memasak anda masih lagi berbau selepas di cuci.
Ini kami kongsikan anda beberapa langkah yang boleh diamalkan agar cucian anda lebih bersih sempurna.
1. Asingkan peralatan
Asingkan peralatan berdasarkan fungsinya. Cuci semua kotoran atau sisa makanan dari piring atau gelas. Satukan jenis peralatan yang sama contohnya peralatan makan dan masak untuk memudahkan pencucian anda.
2. Proses mencuci
Jika dapur anda mempunyai dua sinki, ia akan memudahkan kerja anda. Satu sinki boleh dibuat sebagai tempat mencuci dan satu lagi sinki tempat membilasnya. Proses mencuci adalah bermula daripada membasuh peralatan dapur tersebut menggunakan sabun pencuci dan membilas bersih.
3. Mencuci pinggan
Untuk menghilangkan bau pada pinggan anda, cairkan gel pencuci pinggan dengan air panas. Ini akan membuatkan bau yang terdapat pada peralatan anda mudah dihilangkan selepas dibilas. Pilihan lain adalah gunakan gel pencuci yang mengandungi jeruk nipis kerana buah ini mampu menanggalkan sisa dan bau makanan serta menghilangkan aroma yang tidak menyenangkan.
4. Peralatan memasak
Peralatan memasak eloklah di rendam terlebih dahulu sebelum dicuci. Air akan membuatkan sisa makanan yang menempel senang dibersihkan.
5. Cuci peralatan sudu, gelas terlebih dahulu
Cuci peralatan seperti sudu, gelas dengan bersih terlebih dahulu. Fokuskan pada bahagian dalam peralatan tersebut. Kemudian, baru cucikan pinggan makan kerana kotoran yang ada pada pinggan lebih banyak.
6. Kuali memasak
Peralatan memasak atau kuali selalunya terlekat sisa kotoran dan makanan yang sukar ditanggalkan. Elakkan daripada menggunakan span yang diperbuat daripada metal kerana ia akan merosak lapisan kuali anda. Gunakan bahagian kasar span anda untuk membersihkannya.
7. Simpan di rak
Setelah kesemua peralatan sudah dibersihkan dan dikeringkan, simpan terus peralatan tersebut ke almari atau rak penyimpanan. Jangan biarkan peralatan tersebut lama di tempat mengering kerana takut kuman kembali hinggap pada peralatan anda.
8. Bersihkan sinki
Buang sisa kotoran dan pastikan air tidak tersumbat di sinki. Keringkan permukaan sinki dan lap bersih.
Sumber: wolipop.detik.com & Google (gambar)