Apakah Tanda Anak Anda Mempunyai Laktosa Intoleransi?
Susu dan hasil tenusu mengandungi gula susu yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke aliran darah. Gula susu ini dipanggil laktosa. Ia dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus. Laktosa intoleransi pula merupakan ketidak upayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa.
Bagaimana laktosa intoleransi ini berlaku? Ia berlaku akibat daripada kekurangan enzim lactase secara sementara atau kekal. Enzim lactase ini terdapat di lapisan dalam usus.
Jenis Laktosa Intoleransi
Laktosa intoleransi mungkin kekal (primary)
- Congenital (sejak lahir)
- Berlaku semasa lahir
- Jarang berlaku
- Lewat (bagi dewasa)
- Biasa berlaku di kalangan orang asia
- Berlaku dalam anggaran umur 20 tahun
Laktosa intoleransi Sementara (secondary)
Laktosa intoleransi sementara berlaku disebabkan kerosakan/kecederaan pada usus yang disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman pada usus (Gastroenteritis).
- Penyakit usus seperti Coeliac Disease.
- Pembedahan usus.
Tanda dan Gejala Laktosa Intoleransi
Gejala ini akan kelihatan ½ jam hingga 2 jam selepas memakan makanan yang mengandungi laktosa:
- Bayi merengek dan menangis
- Perut kembung dan memulas
- Berak cair yang berbau busuk dan berbuih
- Kentut yang berlebihan
- Kulit melecet dibahagian punggung
Laktosa intoleransi sementara tidak akan menyebabkan komplikasi kesihatan kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, masalah berikut boleh terjadi sekiranya tidak dirawat.
- Kekurangan air dalam badan (Dehidrasi)
- Kurang zat makanan
- Pembesaran terencat
Rawatan Laktosa Intoleransi
Kawalan pemakanan adalah cara utama merawat laktosa intoleransi. Cuba elakkan makan makanan yang mengandungi laktosa, di samping itu pastikan kanak-kanak tersebut mendapat makanan yang seimbang. Juga dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang rawatan.
Laktosa intoleransi yang kekal:
- Elak semua makanan yang mengandungi laktosa
- Bayi yang menyusu susu ibu atau susu formula perlu ditukarkan kepada susu yang tidak mengandungi lactosa. Susu tersebut mungkin dibuat dari susu lembu tanpa laktosa (lactose free) atau susu soya (susu soya hanya diberi untuk bayi > 6 bulan).
- Pastikan makan makanan seimbang dan mempunyai cukup nutrien untuk pembesaran.
Laktosa intoleransi yang sementara:
- Kurangkan makanan yang mengandungi laktosa.
- Selang-selikan penyusuan susu ibu dan susu formula yang tidak mengandungi laktosa.
- Mungkin perlu minum susu tanpa lactosa sahaja buat seketika.
- Selepas tiada gejala dalam masa 2-4 minggu, boleh mulakan penyusuan susu formula biasa untuk bayi.
Jenis Makanan Yang Mengandungi Laktosa
Makanan mengandungi laktosa termasuk:
- Susu dan hasil tenusu seperti keju, mentega dan lain-lain
- Susu pekat manis
- Susu cair
- Manisan susu (candy), gula-gula yang mengandungi susu
- Coklat dan minuman coklat dan berperisa coklat
- Roti dan biskut
- Bijirin sarapan
- Aiskrim
- Marjerin
Laktosa mungkin juga terkandung dalam makanan dengan label makanan berikut:
- Semua jenis susu
- Gandum dan protein susu (‘whey’ dan ‘casein’)
- Susu tepung
Langkah Pencegahan Yang Boleh Diambil
- Jangan kerap menukar susu bayi anda. Dapatkan nasihat doktor di hospital terlebih dahulu.
- Baca label kandungan makanan yang hendak dibeli.
- Berhati-hati memilih makanan yang tidak dicatitkan kandungannya.
- Dapatkan nasihat pakar pemakanan tentang kandungan makanan yang tidak pasti.
Sumber: myhealth.gov.my & google (gambar)

