Awas! Jangkitan Kulat Pada Vagina Boleh Jejaskan Peranakan!
Ramai wanita di luar sana yang tidak tahu bahawa masalah jangkitan kulat pada vagina boleh merosakkan sistem peranakan. Penjagaan bahagian alat sulit wanita amat penting kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran darah haid, hubungan seksual dan kehamilan.
APA ITU JANGKITAN KULAT?
Jangkitan kulat atau kuman di sekitar alat sulit dan juga saluran reproduktif adalah merupakan penyakit dalaman yang tanpa sedar sering diabaikan oleh wanita. Jangkitan ini boleh berlaku disebabkan oleh kemaluan yang tercemar dengan najis yang datang dari saluran kencing atau saluran najis yang kebetulan berdekatan dengan pembukaan faraj.
JENIS-JENIS KULAT
Terdapat beberapa jenis jangkitan kuman berlaku disekitar alat sulit ini menurut Dr Wan Zarina dari PKPUUM termasuklah kuman bakteria, virus, kulat dan protozoa yang boleh berjangkit melalui hubungan seks (sexually transmitted disease).
Jangkitan kuman atau fungus yang paling kerap berlaku dipanggil candida. Cara rawatnnya adalah memasukkan ubat antifungus ataupun ubat pil ke dalam faraj.
Kumpulan kuman lain yang sering menyerang wanita adalah ‘bacterial vaginosis’. Kebiasaannya pesakit akan mengadu lendir busuk (fishy / odour discharge) keluar dan kegatalan teruk. Cara merawatnya adalah denagn antibiotik spesifik.
Wanita yang terdedah penyakit bengkak pada alat kelamin dipanggil bartholin cyst. Ini bermula dengan pembengkakan setempat pada bahagian bawah bibir kemaluan.
GEJALA DAN KESAN
Antara kesan jangkitan kuman ini adalah bengkak nanah (abcess). Apabila pesakit dijangkiti kuman akan mengadu sakit dan demam. Rawatan yang akan diberikan adalah secara ‘incisional’ dan ‘drainage’ untuk mengeluarkan nanah.
Bisul juga boleh terjadi disebabkan jangkitan kuman ini. Keadaan ini sering terjadi pada wanita yang sering bercukur. Oleh itu, sila pastikan alat pencukur anda bersih setiap kali ingin menggunakannya.
Barah pada bahagian luar alat kelamin (vulva dan vagina) juga boleh terjadi. Namun ia jarang terjadi berbanding barah pangkal rahim, rahim atau ovari. Ia merangkumi hanya 5% daripada semua jenis barah sistem produktif wanita.
Jangkitan kuman juga akan menyebabkan keputihan melampau. Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih ke kuning atau kehijauan atau berdarah.
Selain daripada keputihan yang melampau, tanda-tanda lain adalah seperti bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin.
LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN
- Gunakan air bersih untuk membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar.
- Selalu menukar tuala wanita ketika haid.
- Elakkan ‘douching’ iaitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari faraj dan mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.
- Gunakan sabun khas untuk alat sulit.
- Suami isteri digalakkan membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas mengadakan hubungan seks.
Sumber: keluarga.my

