Pernah tak terdetik soalan di hati kita bertanyakan ‘bilakah agaknya waktu yang paling sesuai untuk membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan? Ramai juga yang sedia maklum bahawa sayur-sayuran dan buah-buahan seeloknya dibersihkan sebelum ia dimakan ataupun sebelum dimasak. Jangan cuci terlebih dahulu sayuran dan buahan tersebut jika ia mahu disimpan kerana ia akan membuatkan buahan dan sayuran itu cepat rosak.

Apa langkah pembersihan sayuran dan buahan yang kita perlu tahu?

1.  Sebelum membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan, cuci tangan anda dengan sabun hingga bersih.

2. Perlahan-lahan basuh dan gosok permukaan luar sayur-sayuran dan buah-buahan dengan tangan di bawah aliran air.

3. Buang daun di bahagian luar sayur-sayuran seperti anda bersihkan kubis. Rendam sebentar sayur-sayuran seperti sawi, kangkung dan sayuran berdaun lain untuk menyingkirkan kotoran, tanah dan sebagainya yang melekat pada bahagian luar sayur-sayuran.

4. Sayur-sayuran seperti brokoli dan kubis elok direndam dengan garam bagi menyingkirkan ulat-ulat kecil yang melekat padanya.

5. Jangan bersihkan cendawan terlalu lama dengan air atau merendamnya di dalam air. Ini akan merosakkan cendawan dan menjadikannya lembik. Koyakkan cendawan dan basuh di bawah aliran air sebelum toskan hingga kering.

 

Sumber: Sinar Harian (2 April) & Google (gambar)