Boleh Tanam Sendiri Bawang Di Rumah?
Buat apa nak beli jika anda boleh menanam sendiri sayur di rumah? Bukan sahaja jimat, malah tentunya sihat daripada pelbagai jenis bahan kimia yang kita sendiri tidak tahu apa yang terbalut pada sayur yang dibeli.
Jom tengok jenis bahan dapur yang mudah ditanam dengan bantuan air dan waktu.
1. Bawang Putih, Merah & Bawang Besar (Bombay)
Jika anda membiarkan bawang putih, bawang merah atau bawang besar dalam keadaan lembab, bawang akan ditumbuhi tunas dan akar.
2. Serai
Serai adalah tumbuhan yang paling senang nak ditanam. Cuba rendamkan batang serai dalam sedikit ait. Akar serai akan tumbuh dan anda boleh tanamnya di tanah jika akarnya dah panjang.
3. Daun Bawang
Rendam daun bawang dalam air dan dalam masa seminggu anda akan nampak daun bawang kembali seperti asal macam belum dipotong.
4. Sawi Putih
Cuba potong habis bahagian atas sawi putih, kemudian biarkan bahagian pangkalnya, tempat akarnya tumbuh. Rendamkan dalam air dan tunas akan tumbuh dari pangkalnya.
5. Daun Salad
Anda boleh rendamkan hujung pangkal dalam sedikit air. Sama dengan sawi putih, tunas akan tumbuh dari pangkal akarnya.
Sumber: mingguanwanita.my & Google (gambar)

