Jurnal Atherosclerosis mengatakan jika anda menambah buah delima dalam diet harian, anda boleh mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengembalikan kesihatan dan mengelak penyakit berbahaya yang lain.

Malah, kajian turut membuktikan bahawa ekstrak buah delima berkemungkinan besar dapat mengurangkan risiko serangan sakit jantung, seperti penebalan selaput lemak pada arteri darah anda. Tidak kiralah jika anda makan buahnya atau minum airnya atau ambil ekstraknya sebagai makanan ruji harian, ia sememangnya membantu mengelak risiko sakit jantung.

1. Delima kaya dengan nutrien penting

Satu cawan bijian buah delima sahaja mengandungi 7 gram fiber, 144 kalori, 3 gram protein, potassium, folat dan vitamin C dan K. Malah, buah delima juga memiliki jumlah antioksidan yang tinggi yang boleh menghalang kerosakan sel akibat oksidasi.

2. Terkandung dua kompaun tumbuhan yang kuat

Kompaun yang bertanggungjawab memberikan kebaikan kepada buah delima adalah Punicalagins, antioksidan ini terletak pada kulit dan jus buah delima dan asid punicic yang mana ia adalah asid lemak yang penting terletak dalam biji benih delima.

3. Anti-radang

Memandangkan buah delima memiliki kesan ini, ia sempurna untuk menurunkan keradangan yang membantu mengelak penyakit diabetes, kanser, sakit jantung, obesiti dan juga penyakit Alzheimer.

4. Membantu menurunkan tekanan darah

Menurut kajian, apabila seseorang mengambil 150ml jus delima setiap hari, tekanan darah mereka akan turun secara drastik dalam masa dua minggu.

5. Membantu melawan jangkitan fungal dan bakteria

Delima juga memiliki kekuatan medikal yang membantu melawan jangkitan bakteria yang merbahaya dan melawan sesetengah jangkitan bakteria dan fungal.

 

Sumber: rapi.karangkraf.my & Google (gambar)