Kebanyakkan dari kita semua mesti akan ada bermacam-macam masalah yang sedang difikir dan salah satu daripada masalah itu berkaitan dengan lemak degil yang ada dalam badan seseorang.

Mungkin ada yang mempunyai badan bersize kecil tetapi bila tang peha? Haa! Ada juga yang sebaliknya kerana setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan diri masing-masing.

Abang Brian ada terbaca tentang satu petua tradisional orang dulu-dulu [lupa apa nama website itu]  yang mereka gunakan untuk ‘membunuh’ lemak degil dengan menggunakan daun sirih. Tak tahulah setakat mana keberkesanannya tetapi tidak salah kalau Abang Brian kongsikan untuk anda yang mahu mencuba cara tradisional pula.

Apa yang difahamkan amalan ini digunakan untuk membuang toksin dalam badan melalui air kencing dan ia berkesan untuk lemak disekitar pinggul, peha dan perut. 

Apa yang perlu anda sediakan adalah : 

  • 140 helai daun sirih
  • 11 gelas air
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu teh adas manis

Cara penyediaan :

  • Panaskan semua ramuan itu dalam periuk tanah sehingga mendidih.
  • Amalkan minum ramuan yang siap dididih itu sebanyak 3 kali sehari

Pesanan :

  • Jangan sesekali simpan ramuan itu kedalam peti sejuk kerana ia dikatakan dapat menyebabkan perut buncit jika anda meminumnya.

Abang Brian harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang ada masalah lemak berlebihan di pinggul, peha dan perut.