Cara Mencegah Ekzema Dengan Berkesan
Penyakit ekzema tiada penawarnya. Walaupun begitu, anda masih boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan simptom dan wabak ini.
1. Jangan mandi secara berlebihan. Pakai pelembap, terutamanya selepas mandi.
2. Mandi menggunakan air panas dan juga sabun yang lembut dan tidak mengasarkan permukaan tangan.
3. Hadkan penggunaan bahan yang akan memberikan iritasi seperti sabun, minyak wangi, bahan pencuci, barang kemas dan sebagainya.
4. Memakai pakaian longgar atau pakaian yang diperbuat daripada fabrik kapas berbanding bulu atau serat sintetik.
5. Gunakan cool compresses untuk membantu mengurangkan kegatalan.
6. Elak daripada memakan makanan yang memyebabkan reaksi alahan.
7. Bersenam, meditasi atau belajar teknik pengurusan stres.
8. Jika kerja melibatkan penggunaan air yang banyak, pakai sarung tangan sebagai pelindung aktiviti.
9. Elak daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang membuatkan kamu panas dan berpeluh.
10. Haba akan menyebabkan kamu berpeluh dan berlakunya kegatalan serta kerengsaan pada kulit. Jadi, kekalkan suhu di tempat tidur anda.
Jika kerengsaan berlaku, kamu harus segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Amalan hidup dan aktiviti sihat akan dapat mencegah dan mengelakkan diri kita daripada dijangkiti penyakit ini. Jadi, hati-hati!
Sumber: eh.com.my

