Cara Merawat Rambut Mengikut Jenis Rambut
Rambut merupakan aset penting kepada setiap wanita di luar sana. Rambut yang cantik memberi pengaruh yang besar untuk setiap wanita tampil berkeyakinan setiap hari. Oleh kerana itu, kebanyakkan wanita lebih gemar pergi ke salon rambut untuk merawat rambut mereka tanpa mengira betapa mahalnya kos rawatan itu setiap kali.
Khabar baik buat mereka yang ingin merawat rambut tanpa perlu bayar mahal untuk rawatan di salon, berikut adalah tips merawat dan menjaga rambut mengikut jenis rambut.
Rambut Normal
Rawatan rambut normal tidak begitu susah dan rumit untuk dirawat. Cuci rambut anda sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Jangan menggunakan conditioner yang banyak dan hanya gunakan syampu yang mengandungi Ph yang seimbang setiap kali anda membasuh rambut.
Rambut Kering
Jenis rambut seperti ini biasa agak susah untuk disikat dan mudah untuk gugur atau putus. Bagi merawat rambut jenis ini, gunakan produk syampu yang mengandungi minyak badam, minyak zaitun atau madu kerana bahan-bahan ini mempunyai nutrisi penting bagi melembapkan rambut.
Jika anda tidak menjumpai produk sedemikian, anda boleh membuatnya sendiri di rumah. Campurkan 2 sudu minyak zaitun dan madu atau boleh juga campurkan minyak badam untuk hasil yang lebih baik dan sapu ke rambut anda.
Rambut Berminyak
Minyak yang keluar daripada kepala sememangnya penting bagi menjaga kelembapan rambut agar tidak rosak dan kering. Namun, jika kadar minyak itu terlalu banyak, ia akan menyebabkan debu dan kotoran mudah lekat dan membuatkan rambut menjadi rosak.
Pelbagai cara menjaga rambut berminyak. Antaranya ialah :-
- Bersihkan rambut setiap hari menggunakan syampu yang mempunyai ekstrak lemon kerana lemon dapat mengurangkan minyak yang berlebihan pada rambut.
- Gunakan penyegar rambut atau toner selepas mencuci.
- Gunakan conditioner pada bahagian tengah dan hujung rambut sahaja.
- Sapu jus lemon pada kepala dan rambut anda sebelum bersihkannya dengan air suam.
- Elakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi kadar minyak yang tinggi dan lebihkan makan sayuran.
- Jangan gunakan pengering rambut yang berhaba tinggi.
Rambut Berkelemumur
Jika rambut anda merupakan rambut yang berkelemumur, sebaiknya anda gunakan syampu yang mempunyai kandungan mentol di dalamnya. Bahan ini akan mengurangkan penumbuhan kelumumur dan menstabilkan kelembapan kulit kepala. Anda juga boleh campurkan kapur barus dan minyak kelapa dan sapukan di kulit kepala dan rambut sebelum tidur.
Sumber: ruangsehatku.blogspot.com, caracantikalami.info & Google (gambar)

