Dapur Bersih Dengan Langkah Ini. #3 Tak Ramai Yang Buat
Dapur adalah kawasan yang perlu sentiasa dijaga kebersihannya. Iyalah, dari situ makanan dibuat bukan? Pastinya kita tidak mahu tetamu yang menjengah ke ruang dapur kita dan menyaksikan dapur yang tidak terurus. Jangan risau, ikuti tip dapur kekal bersih ini sebagai panduan.
1. Buang barangan dapur yang tidak diperlukan. Tidak kiralah barangan seperti bahan mentah dan kering yang sudah tamat lupus mahupun peralatan dapur yang sudah rosak.
2. Sentiasa lap permukaan kabinet, meja dan juga tempat makanĀ anda. Sentiasa sediakan tuala dan semburan bahan pencuci bagi memudahkan anda.
3. Gunakan dua papan pemotong dan asingkan penggunaan untuk sayur dan bahan mentah seperti ayam dan daging pada papan pemotong yang berlainan.
4. Mop lantai untuk pastikan ia bersih daripada kesan minyak atau sebarang sisa makanan untuk mengelakkan daripada tergelincir.
5. Bakul sampah yang besar tidak sepatutnya berada didapur kerana boleh menimbulkan ketidakselesaan.
6. Elakkan lantai daripada berkeadaan lembap.
7. Susun kelengkapan memasak di tempat sebaiknya untuk memudahkan kerja-kerja pencarian semula.
8. Sentiasa bersedia dengan bahan penghapus haiwan perosak seperti lipas, tikus dan sebagainya.
9. Amalkan sikap membersihkan dapur setiap kali lepas memasak.
10. Barangan kaca misalnya hendaklah disimpan di dalam rak tertutup. Jangan keluarkan terlalu banyak set pinggan yang berbagai jenis rekaan kerana ia akan menyaratkan dapur anda.
Sumber: impiana.my & google (gambar)

