Fakta Saintifik Tentang Sifat Anak Kedua Yang Suka Memberontak
Anak kedua kebiasaannya dikaitkan dengan perangai suka memberontak atau ‘rebellious’. Adakah ini satu kebetulan, sekadar stereotaip atau ada sebab saintifik di sebaliknya?
‘SECOND CHILD SYNDROME’
Terdapat kajian yang memfokuskan psikologi anak kedua dengan cara asuhan ibu bapa dan dikenali meluas di Barat sebagai sindrom anak kedua (second child syndrom).
Sindrom ini adalah keadaan di mana ibu bapa mungkin berasa tidak teruja dalam meraikan anak kedua mereka sepertimana anak pertama. Ini biasanya terjadi secara tidak sedar dan ibu bapa tidak akan berasa terlalu risau sekiranya anak lambat bercakap, lambat berjalan atau demam kerana telah mempunyai pengalaman daripada anak pertama.
Walaupun kelihatan suatu yang normal, ia sebenarnya mempunyai impak terhadap personaliti dan sifat anak kedua.
KENAPA MEREKA SUKA MEMBERONTAK? INI 5 FAKTA SAINTIFIK TENTANG SIFAT ANAK KEDUA
1. KADAR HORMON TESTOSTERON MAKIN MENINGKAT APABILA DEWASA
Hasil kajian daripada pakar pengkaji menerusi laporan di Daily Mail mengatakan
“Sifat anak kedua menunjukkan kecenderungan mereka terhadap cabaran dan sifat berdikari lebih-lebih lagi apabila meningkat dewasa. Manakala bagi anak pertama, keinginan ini tidak menunjukkan banyak perubahan apabila semakin dewasa.”
Seramai 364 anak-anak bersama ibu bapa mereka telah ditemubual dan disuruh mencatatkan aktiviti mereka di luar kelas. Selain daripada itu, sampel air liur juga diambil bagi menilai tahap hormon testosteron yang terdapat di dalamnya.
Ternyata, anak kedua menunjukkan peningkatan hormon ini seiring dengan peningkatan usia mereka. Hormon ‘kelakian’ ini yang menjadi pendorong mereka untuk lebih lasak, berani dan suka menyahut cabaran.
2. PUNYA PESAING SEJAK LAHIR
Sebuah kajian oleh Jurnal Perkembangan Kanak-Kanak yang diterbitkan pada tahun 2009 oleh Wiley Online Library mengatakan
“Anak pertama lebih cenderung menurut perintah manakala anak kedua dan seterusnya lebih cenderung mempunyai personaliti yang lebih suka berdikari.”
Mereka akan mungkin kelihatan kompetitif, hiperaktif dan suka menarik perhatian dengan melakukan perkara-perkara yang boleh merungsingkan ibu bapa.
Dalam sebuah artikel How Firstborns and Secondborns Compare yang dibincangkan dalam Psychology Today menyatakan bahawa ‘mindset’ semula jadi anak kedua ini berbeza kerana mereka dilahirkan ke dalam dunia pesaing iaitu abang atau kakak mereka.
3. NILAI EMOSI YANG SENSITIF
Saintis menemukan sifat anak kedua ini mungkin berbeza berbanding anak pertama dari segi sensitiviti, lebih-lebih lagi apabila mereka dibandingkan.
Mereka mudah terasa dan akan melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang ibu bapa minta atau jangkakan.
Anak pertama lebih mudah percayakan diri dan tidak mengharapkan perhatian kerana mereka mempunyai sedikit masa dibesarkan dengan kualiti tertentu sebelum kehadiran adiknya.
4. CENDERUNG MEMPERCAYAI RAKAN BERBANDING IBU BAPA
Artikel menerusi laman web Parents.com menyatakan anak kedua berkemungkinan untuk berasa terasing atau kurang istimewa di mata ibu bapa mereka.
Walaupun ibu bapa tidak mengakui tindakan berat sebelah mereka namun hakikatnya, anak kedua lebih memerlukan ibu bapa menunjukkan kasih sayang itu sendiri kepada mereka.
Anak kedua juga lebih pandai bergaul dan kebanyakkan mudah mesra dengan orang ramai. Dan tabiat ini menjadikan mereka cepat terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya.
5. MINDA YANG MAHIR MEMANIPULASI
Sifar anak kedua yang menyerlah melalui mirror.co.uk adalah sebagai seorang yang pandai memanipulasi. Mereka mempunyai kemahiran komunikasi yang lebih cekap dan bijak dalam memanfaatkan peluang. Tidak hairanlah mereka berjaya dan berbakat dalam bidang keusahawanan.
Antara anak kedua yang berjaya – Abraham Lincoln, Bill Gates, Donald Trump, Putera Harry, Britney Spears, JLo dan Kim Kardashian.
KEUNIKAN SETIAP ANAK
Walaupun banyak teori dibincangkan tentang sifat anak kedua, mahupun anak pertama dan sebagainya, mereka tetap memiliki kekuatan dan keunikan masing-masing. Ibu bapa seharusnya lebih bijak dalam menghalakan kecenderungan emosi dan fzikal anak-anak ke arah yang lebih baik.
Ini akan membuatkan anak-naka merasa dan memahami kelebihan dan keunikan personaliti masing-masing sebagai satu anugerah dan keistimewaan. Jangan lah terlalu mengikut stereotaip!
Sumber: siraplimau.com & Google (gambar)






