Faktor-Faktor Karies Awal Kanak-Kanak
Karies awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun dan ia akan melibatkan satu atau lebih batang gigi. Karies awal gigi ini merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi akibat kehadiran plak (tahi gigi) dan air liur.
Faktor Penyebab Karies Gigi
- Kekerapan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi tinggi gula
- Kurang/tidak memberus gigi
- Teknik memberus gigi yang tidak berkesan menanggalkan plak
- Menyusu botol yang mengandungi sukrosa (gula)
- Transmisi bakteria daripada ibu kepada anak melalui air liur (Contoh: Ibu dan anak berkongsi sudu makanan)
- Kesihatan mulut ibu yang teruk
- Pengambilan ubat yang mengandungi gula
Langkah Pencegahan Karies Gigi
- Pengambilan diet yang mengandungi gula rendah
- Penggunaan ubat gigi berfluorida
- Memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
- Ibu/bapa/penjaga perlu membantu kanak-kanak memberus gigi. Ibu/bapa atau penjaga perlu mengangkat bibir atas kanak-kanak (Lift the Lip), untuk memastikan tiada plak terkumpul di bahagian pinggir gusi.
- Keluarkan botol susu dari mulut sebaik sahaja habis menyusu botol
- Berhenti menyusu menggunakan botol (umur 1-3 tahun) dan diganti dengan cawan
- Menggunakan ubat ‘bebas gula’ sekiranya perlu makan ubat berbentuk cecair
- Minum air masak/berkumur selepas ambil ubat cecair yang mengandungi gula
- Menjalani pemeriksaan gigi setiap 6 bulan
Rawatan Kerosakan Gigi
- Rawatan fluorida topikal
- Rawatan pengapan fisur
- Rawatan tampalan amalgam
- Rawatan tampalan komposit
- Rawatan tampalan simen ionomer kaca
- Rawatan korona keluli nirkarat
- Rawatan pulpa
- Rawatan cabutan
Sumber: myhealth.gov.my & Google (gambar)

