Hilangkan Bau Makanan Pada Tangan Dengan 5 Bahan Ini
Tangan kita sememangnya akan berbau selepas kita makan sesuatu yang sedap seperti tempoyak atau gulai. Walaupun basuh tangan menggunakan sabun, baunya tetap ada. Takkan nak makan guna sudu kan? Tak syok la rasa makanan tu. Ada antara kita yang membersihkan tangan dengan sabun, kemudian menyapu pula losen untuk menghilangkan bau hamis itu. Tetapi bau itu tetap ada.
Jom kita lihat antara 5 bahan asliyang boleh anda gunakan untuk menghilangkan bau yang kurang enak itu.
1. GULA
Ambil satu sudu teh gula dan gosokkan pada tangan selama 2-3 minit. Kemudian bersihkan dengan air. Bukan saja bau hamis hilang, bahkan tangan tapak tangan juga akan terasa lebih lembut.
2. GARAM
Sama seperti gula, ambil sedikit garam dan gosokkan pada tangan umpama menggunakan skrub. Biarkan seketika sebelum dibersihkan dengan air.
3. LIMAU
Ambil potongan limau nipis atau lemon dan gosokkan perlahan-lahan pada tangan selepas dibersihkan dengan sabun. Kemudian dibilas dengan air bersih seperti biasa.
4. CUKA
Gunakan hanya 1-2 sudu besar cuka dan gosok pada tangan. Urut lembut tangan dan kemudian dibilas. Selepas itu, cucilah tangan dengan sabun seperti biasa.
5. DAUN SELASIH
Basahkan sedikit tangan dan gosokkan daun selasih pada tangan. Pastikan setiap bahagian yang hendak dibersihkan digosok dengan daun selasih. Selepas itu, bolehlah dibersihkan dengan air.
Sumber: rapi.karangkraf.my & google (gambar)

