Ikut Tip Ini Untuk Anak Duduk Diam Dalam Car Seat
Tidak semua kanak-kanak selesa di tempatkan di dalam car seat. Di musim perayaan inilah ibu bapa perlu mengambil perhatian lebih di saat menempuh perjalanan jauh untuk balik ke kampung halaman.
Jom lihat panduan atau tip yang boleh dilakukan dam dipraktikkan untuk anak anda biasa dan selesa berada dalam car seat.
-
BELI
Sebaiknya latih anak-anak untuk menggunakan tempat duduk bayi (car seat). Anda tidak perlu membeli yang terlalu mahal memandangkan ini percubaan untuk membiasakan anak-anak. Belilah yang mampu milikĀ agar tidak membebankan, walaupun diakui harganya agak mahal. Namun anggap sahaja suatu keperluan demi keselamatan anak-anak.
-
PEMASANGAN
Jika anak anda berusia di bawah 6 bulan, kedudukanĀ tempat duduk bayi adalah menghadap ke belakang. Tempat duduk anak mesti di pasang di tempat duduk belakang. Namun apa yang sering berlaku, tempat duduk bayi diletakkan di sisi pemandu. Ini sangat berbahaya kerana kawasan tersebut mempunyai airbag.
-
SEDARI AWAL
Sebaiknya cuba latih bayi duduk di tempat duduk bayi seawal usia sebulan, atau ketika kali pertama membawa anak ke klinik untuk mendapatkan suntikan. Ini akan menjadi sebahagian sesi latihan untuk bayi anda agar biasa dan selesa berada di dalam tempat duduk bayi tersebut.
-
MULAKAN JARAK DEKAT
Perancangan seterusnya adalah mulakan dengan perjalanan pada jarak 25-50 km atau mengikut kesesuaian. Apabila anak semakin biasa dengan keadaan ini, maka jauhkan lagi jarak perjalanan.
-
PERUT KENYANG
Kebiasaannya anak-anak akan selesa dan tidak akan meragam jika perutnya kenyang. Sebagai ibu anda perlu prihatin dengan jadual susuan anak anda. Jika anak perlu disusukan, anda perlu berhenti dan susukan kemudian setelah kenyang letakkan kembali di tempat duduk bayi dan sambung perjalanan.
-
SAPA DAN AGAH
Sekali sekala cuba sapa dan agah anak anda agar dia berasa seronok. Jika perlu berikan alat mainan di tangannya untuk dia leka dan tidak menangis.
-
SEDIAKAN BISKUT ATAU ROTI
Jika anak anda berusia 6 bulan ke atas, jangan lupa membawa bekalan makanan seperti biskut dan sebagainya. Digalakkan juga bila ayah memandu, ibu duduk di belakang bersama anak untuk mudah menguruskan anak tersebut.
-
SUDAH TERBIASA
Bila anak sudah berusia 6 bulan ke atas, dengan sendirinya anak-anak ini terbiasa dan selesa berada di tempat duduk bayi.
Sumber: keluarga.my & google (gambar)

