Pernah tak anda mengalami keadaan dimana ketika buang air kecil, airnya seperti tidak habis? Selalu keluar dan asyik menitis sahaja. Ini boleh menjadi suatu tanda anda mengalami kencing tidak lawas.

Biasanya timbul rasa tidak puas selepas buang air kecil kerana aliran air kencing mengecil dan tersekat-sekat. Keadaan ini boleh membuat snda semakin tidak selesa, untuk itu perlu melakukan petua untuk hilangkan masalah kencing tidak lawas.

Jom kita lihat antara penyebab mengapa air kecil tidak lawas. 

  • Alahan

Sebahagian daripada kita yang mengalami kencing tidak lawas disebabkan oleh alergi. Ada beberapa perkara yang boleh mencetuskan alergi tersebut, dan salah satunya adalah lendir yang dikeluarkan oleh organ intim wanita selepas melakukan hubungan intim. 

  • Kuman

Para wanita juga sering mengalami kencing tidak lawas ini, dan salah satu penyebab yang paling sering menimbulkan masalah ini ialah kuman. Kuman ini akan masuk ke dalam saluran kencing, dan menyebabkan beberapa masalah, salah satunya adalah rasa tidak puas selepas buang air kecil.

  • Dehidrasi

Jika anda sering mengalami dehidrasi, maka tubuh hanya mampu menghasilkan air kencing dalam jumlah yang sangat terhad. Itu sebabnya, anda akan menjadi sukar untuk buang air kecil, dan mengalami masalah kencing tak lawas.

  • Bakteria

Bakteria jenis Chlamyda ini biasanya hanya akan menyerang wanita, dan sangat kecil kemungkinanya untuk boleh menyerang lelaki. Bakteria ini biasanya menetap di bahagian faraj, ketika anda (perempuan) mengalami keputihan, maka bakteria tersebut akan sangat mudahnya untuk mencapai ke pundi kencing sehingga berisiko kencing tak lawas yang semakin besar.

  • Pregnancy

Ketika seorang wanita dalam keadaan hamil, maka akan terjadi perubahan yang signifikan pada tubuhnya. Apabila perut semakin membesar, maka akan sangat memungkinkan untuk menekan bahagian kantung kencing sehingga lebih mudah untuk mengalami kencing tak tuntas. 

Sumber : kasihpetua