Jom Hilangkan Jerawat Dengan 2 Bahan Ini!
Masalah jerawat akan membelenggu semua orang tidak mengira peringkat usia. Adakah anda bosan untuk mencuba produk yang dibeli di kedai mahupun farmasi? Jom cuba kaedah menggunakan bahan asli yang boleh di dapati hanya di dalam peti sejuk anda. Ternyata harganya lebih murah dan mudah untuk dilakukan.
Salah satu cara yang paling mudah dilakukan adalah dengan menggunakan putih telur dari ayam kampung dan mentimun segar. Ramuan-ramuan ini mudah didapati di dalam rumah. Ikuti langkah berikut:
- Pukul putih telur sehingga berbuih dan ringan.
- Kisar timun di dalam mesin pengisar sehingga halus.
- Campurkan kedua-dua bahan dan kacau rata.
- Sapu rata pada bahagian belakang badan selepas mandi dan sabun dengan menggunakan sabun anti-bakteria.
- Biarkan sehingga masker kering selama 30 minit.
- Setelah kering, bersihkan sisa masker dengan tuala yang dicelup air hangat.
- Amalkan dua hingga tiga kali seminggu sehingga mendapat hasil seperti yang dikehendaki.
Selamat mencuba!
Sumber: keluarga.my & google (gambar)

