Kebaikan Disebalik Daun Kesum. Jangan Terkejut!
Sebut sahaja daun kesum, sebenarnya daun ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai perencah dalam masakan tetapi banyak manfaat yang ada disebalik daun ini.
Selain ia berguna untuk masakan, daun kesum ini juga boleh digunakan dalam perubatan tradisional. Jimat duit tau! Tak perlu beli macam-macam produk.
Jom kita tengok antara khasiat daun kesum:
Mengatasi masalah kelemumur
- Ambil 1 cekak daun kesum
- Blend atau kisar sehingga lumatÂ
- Sapukan ke seluruh kulit kepala yang berkelemumur
Mengubati sakit perut
- Ambil beberapa helai daun kesum dan lekapkan di perut
- Atau, anda boleh rebus daun kesum dan minum air rebusan itu
- Anda boleh amalkan minum air rebusan ini 2 minggu atau sebulan sekali untuk membantu sistem pencernaan.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : petuatradisional

