Kekal Bertenaga Ketika Bulan Puasa. Apa Menu Bersahurnya?
Puasa di bulan Ramadan bukanlah alasan untuk anda malas bekerja. Untuk kekal bertenaga di siang hari, anda haruslah mengambil diet yang betul. Jom kita lihat apa tip pengambilan makanan ketika waktu sahur yang ditulis oleh Pakar Kesihatan, Kevin Zahri.
JANGAN SKIP SAHUR
Sahur adalah penting untuk membekalkan nutrisi, air dan tenaga ketika berpuasa. Lagi-lagi, Malaysia yang bercuaca panas dan lembap ini.
KOMPLEKS KARBO
Jadikan karbohirdrat kompleks seperti roti perang atau nasi perang sebagai pilihan diet anda semasa bersahur. Ini kerana karbohidrat kompleks akan membekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan.
TARGET KALORI : DALAM 500KCAL
Purata target pengambilan kalori untuk hidangan sahur adalah dalam lingkungan 500kcal. Anda harus sentiasa memastikan setiap hidangan anda mengandungi sumber [rotein dan karbohidrat berserat.
Contoh hidangan:
- Segenggam nasi, lauk ayam, sayur dan air
- Roti perang (2 keping), tuna ikan dalam sos tomato
- 1 mangkuk bijirin serat dan susu rendah lemak
PROTEIN YANG BERSIH
Makanan berprotein seperti ayam, ikan amat disarankan pengambilannya ketika bersahur kerana ia sangat mengenyangkan dan mengambil masa berjam untuk lalui proses penghadaman.
ELAK GARAM
Garam merupakan penyerap atau penyimpan air. Pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap atau masakan bergoreng ketika berpuasa akan mempercepatkan dehidrasi dan anda akan cepat berasa haus.
ELAK KAFEIN
Kafein mampu mempercepatkan lagi dehidrasi semasa berpuasa. Elakkan daripada mengambil kafein dalam minuman seperti teh tarik, teh hijau, Nescafe, kopi, milo dimana minuman ini mempunyai bahan yang memaksa badan membuang air.
KETAHUI KANDUNGAN KAFEIN DALAM MINUMAN
Kenali kandungan kafein dalam minuman seperti air gas, teh dan coklat. Kandungan kafein berbeza-beza dalam setiap minuman. Tidak ada masalah jika ingin mengambil air coklat (contohnya) tetapi kalau boleh kurangkan kuantiti pengambilannya.
JANGAN MINUM BANYAK SANGAT!
Lagi banyak anda minum, lagi cepat badan akan membuangnya dan anda akan cepat berasa haus. 2-3 gelas sederhana sudah mencukupi. Lebih baik untuk anda ambil air suam dari air sejuk kerana khuatir badan akan terkejut ketika waktu sahut. Jika inginkan air manis, jangan lebihkannya dari air kosong. Contoh, 1 gelas air manis, 2 gelas air kosong.
Sumber: instaonline.com.my & google (gambar)





