Ada dua jenis rebung yang dijual di pasar iaitu rebung segar dan juga rebung yang telah dijeruk. Tiada masalah jika anda memilih untuk memasak menggunakan rebung segar kerana ia tidak berbau. Namun, jika anda membeli rebung jeruk, baunya agak kuat dan boleh membuatkan anda putus selera.

Untuk menghilangkan bau rebung yang kurang menyenangkan ini, anda hanya perlukan:

Bahan: 

  • Rebung
  • Air (anggaran boleh menenggelamkan rebung)
  • 2 sudu teh kapur makan

Cara: 

1. Campurkan kapur sirih ke dalam air. Kacau sehingga kapur larut.

2. Kemudian masukkan rebung jeruk. Biarkan selama beberapa minit.

3. Toskan air kapur dan bilas rebung dengan air bersih.

4. Sedia untuk dimasak. Hasilnya rebung jeruk anda akan kurang berbau serta lebih enak.

Sumber: rasa.my & google (gambar)