Mitos Dan Fakta Tentang Mandi Malam
Apabila – anda padat dengan rutin pekerjaan, anda sering kali mandi di malam hari sebelum tidur bagi membuang lelah dan penat.
Mandi di malam hari sememangnya sangat menyegarkan. Akan tetapi, anda jarang mandi malam kerana sering disajikan dengan mitos -mitos tentang bahaya mandi malam.
Berikut adalah 7 mitos tentang penyakit yang akan dihidapi sekiranya anda sering mandi malam.
BAHAYA MANDI MALAM BOLEH:-
1. MENYEBABKAN REUMATIK/SAKIT URAT
Orang tua-tua sering mengingatkan supaya kita tidak selalu mandi malam kerana khuatir terkena serangan reumatik. Ia adalah tidak benar dan pakar perubatan sendiri mengesahkan. Mandi malam bukan penyebab utama terjadinya reumatik. Walaupun masih belum jelas, pakar perubatan mengatakan reumatik adalah satu jenis penyakit yang menyerang sendi-sendi badan akibat kelainan genetik. Gejala reumatik adalah sakit sendi, kemerahan pada sendi dan sering ‘cramp’ di pagi hari.
2. PERCEPATKAN PROSES PENUAAN
Mandi malam juga selalu dianggap akan menyebabkan diri nampak lebih berusia. Mitosnya, tubuh dan organ anda tidak dapat menerima rangsangan air sejuk di malam hari. Mandi malam boleh menyebabkan tahap metabolisme badan meningkat dan memerlukan kalori serta oksigen yang tinggi bagi menstabilkannya. Ini membuatkan anda makan lebih banyak. Sebenarnyam metabolisme tinggi diperlukan untuk mengolah makanan yang berada dalam tubuh dan membuatkan anda berasa sihat dan segar.
3. MENYEBABKAN PARU-PARU BERAIR
Ini adalah mitos yang sering kita dengar. Sedangkan penyebab paru-paru berair adalah kerana infeksi virus dan bakteria yang bebas di udara. Jadi, keadaan udara dan kebersihan bilik air anda yang menyebabkan paru-paru berair, bukannya sebab mandi malam!
4. BENGKAK URAT OTOT
Jika diselidik, mandi malam dan bengkak urat otot tiada kaitan langsung. Bengkaknya urat otot itu adalah kerana tubuh yang sensitif terhadap zat purin pada makanan seperti kacang dan seafood. Jika anda menghidapi bengkak urat otot, anda masih boleh mandi malam dan anda patut berhenti mengambil makanan yang berzat purin.
5. MENYEBABKAN GANGGUAN METABOLISME
Ada mitos yang mengatakan mandi malam akan mengakibatkan metabolisme tubuh terganggu. Suhu tubuh badan yang berubah di malam hari akan terkejut apabila menerima ransangan air sejuk. Mandi malam bukanlah penyebab terbesar. Gangguan metabolisme ini boleh terjadi akbiat genetik atau mungkin daripada pola kehidupan yang tidak teratur.
6. MENYEBABKAN MASUK ANGIN
Ya, mandi malam boleh sahaja menyebabkan angin masuk ke dalam badan anda. Tetapi, itu bukan satu-satunya sebab utama. Mandi malam dengan air yang sejuk tanpa memerhatikan suhu badan yang tinggi menyebabkan ia berpotensi di masuki angin melalui rongga-rongga tubuh badan. Jadi, gunakan air panas/air suam jika ingin mandi di malam hari.
7. MENYEBABKAN DEMAM
Orang tua-tua sering menyebut jika kita mandi malam, kita akan demam. Mitos ini mungkin terjadi kerana apabila suhu badan yang panda disiram dengan air sejuk, ia akan membuatkan tubuh badan anda menjadi panas sejuk seperti demam.
Manfaat daripada mandi malam adalah dapat mengembalikan kesegaran dan hilangkan kelelahan, mengatasi gangguan insomnia, memberikan ketenangan, menurukan tekanan darah dan sebagainya.
Meskipun begitu, pastikan anda gunakan air yang panas atau suam ketika mandi malam. Tetapi jangan selalu kerana air panas juga tidak baik untuk kecantikan kulit.
Sumber: pasarpolis.com & Google (gambar)