Perkara Yang Elok Dilakukan Sebaik Bangun Dari Tidur
Apa yang anda lakukan sejurus selepas anda bangun dari tidur? Adakah anda terus mencapai telefon bimbit anda dan mula menyemak akaun media sosial anda? Ini adalah perkara yang elok dilakukan sebaik sahaja anda bangun dari tidur.
Minum Air
Amalan minum segelas air masak sebaik bangun daripada tidur sebelum menggosok gigi adalah sangat baik. Menurut kajian yang dijalankan oleh Japanese Medical Society, selain dapat mengekalkan awet muda, amalan ini juga mampu memulihkan pelbagai penyakit serius seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Air Lemon dan Madu
Kombinasi ini adalah minuman terbaik bagi merawat penyakit sembelit dan menjaga kesihatan usus.
Warna Cerah
Warna yang cerah mampu merangsang otak pada waktu pagi dan membantu anda memulakan hari dengan ceria!
Sumber: eh.com.my